home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Kelakar Korner
 
Muka Depan Kelakar Korner | Hantar idea kreatif anda ke Kelakar Korner

awang bodoh

by alynnz on May 15, 1998 at 03:58:39:



awang bodoh


pada zaman dahulu, di suatu kampung tinggal sepasang suami isteri dan anak lelaki mereka - Awang. Awang ini sangatlah lurusnya, maka dipanggil sekalian orang kampung Awang bodoh. Masa berlalu, maka besarlah Awang menjadi seorang lelaki yang dewasa. Bapa Awang terfikirlah untuk mengahwinkan anak lelakinya itu.
"Mana tahu, dia mungkin jadi cerdik nanti." Maka dicarinya gadis yang sesuai untuk Awang. Tibalah harinya, Awangpun dikahwinkan dengan gadis itu. Kehidupan Awang selepas berkahwin tidak berubah daripada hidupa bujangnya dulu. Setiap pagi, selepas subuh, dia akan menuju ke ladang dan petangnya pulang. Kemudian dia terus tidur. Bapa Awang merasa hairan.
"Awang buat apa dengan bininya?" Keesokannya, bapa Awang memberanikan diri bertanya kepada Awang. "Tidak ada apa-apa," jawab Awang pendek.
"Kau tak buat apa-apa?" tanya bapa Awang pelik.
"Tak, cuma tidur jelah," jawab Awang lagi.
"Hmmm, kalau begitu, malam ni kau tengok apa yang bapak buat pada mak kau. Bapak akan berdehem tiga kali dan kau mengintailah dari lubang di dinding tu," terang bapa Awang.
Pada malamnya, setelah tiba masanya, bapa Awang berdehemlah dengan kuat sekali. Awangpun dengan segera pergi mengintai dicelah lubang didinding tu. "Oooo..."
Esok paginya, bapa Awang pergi mendapatkan Awang lalu bertanya,"Kau nampak tak? Haa, malam ni kau buat macam tu dekat bini kau." Awang mengangguk perlahan-lahan.
Tiba malam, Awang masuk ke dalam bilik diikuti isterinya. Awang berdehem tiga kali. Bapa Awang tersenyum. "Awang tengah buat ni."
Esoknya, bapa Awang menunggu Awang di luar bilik. Tetapi Awang tidak muncul-muncul tiba. Awang tidak keluar seharian daripada biliknya. Begitu juga dengan isterinya. Mereka cuma keluar untuk makan dan mandi. Begitulah sehingga hampir sebulan.
Bagaimanapun, apabila cukup harinya, isteri Awang datang bulan. Dia tidak tahu bagaimana untuk menerangkan kepada Awang keadaannya itu. Kemudian dia mendapat ilham - "Abang, malam ni kita tak boleh bersama sebab p*^%@t kakak saya pinjam. Nanti bila dia pulangkan balik, saya akan bagi tahu abang."
Selama seminggu, kehidupan Awang kembali seperti biasa. Dia pergi ke ladang. Bagaimanapun sudah cukup masanya, isteri Awang memberitahu Awang yang p*^%@tnya sudah dipulangkan.
Bermula daripada malam itu, Awang dan isterinya hanya berkurung di dalam bilik. Begitulah keadaanya Awang suami isteri pada bulan-bulan seterusnya.
Pada suatu hari, ketika itu isteri Awang datang bulan, Awang dan isterinya di dalam perjalanan menuju ke ladang. Di dalam perjalanan ke ladang, mereka perlu meniti satu titi kecil menyeberangi sebuah anak sungai.
Tiba-tiba, ketika berada di atas titi itu, isteri Awang tersandung kakinya. Dia termelatah, "Ooo p*&%@t jatuh."
Tatkala mendengar jeritan isterinya itu, Awang tanpa berlengah-lengah terus terjun ke dalam anak sungai itu dan menyelam. Dia menyelam dan menyelam.
Isteri Awang sangat pelik melihatkan keadaan Awang, lalu bertanya,"Abang buat apa tu?"
"Cari p*&%@t, kan jatuh tadi," jawab Awang pendek.

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian0
Populariti1320
Tarikh2005-09-19

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).