home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Kelakar Korner
 
Muka Depan Kelakar Korner | Hantar idea kreatif anda ke Kelakar Korner

joke budak hizbi

by aisyah on May 21, 1998 at 02:47:04:



joke budak hizbi


 Kisah mamak dan cik lim pergi indonesia jumpa suharto. sampai kat sana mereka pun berbincang pasal politik. sampai satu masa mamak dah tak tahan dengan kata-kata suharto yang tak mahu mendengar nasihat, mamak dan kawannya si lim pun tuduhlah si suharto banyak makan rasuah. suharto naik marah dan tidak mahu mengaku yang dia banyak makan benda haram tu. Dia tuduh pula mamak dan cik lim yang kuat rasuah
Lalu suharto mencadangkan mereka bertiga berjumpa dengan seorang kiyai. sampai disana si kiyai pun beri tahu kalau kamu nak tahu sapa kuat rasuah mereka bertiga diminta terjun ke dalam sebuah tasik.
Suharto dengan senang hati lalu terjun ke dalam tasik tersebut. Amatlah memeranjatkan kerana suharto tengelam takat pinggang..lalu bolehlah diketahui bertapa boleh tahannya rasuah dia.
Kemudian diikuti dengan cik lim, lebih teramat memeranjatkan kerana sampai setakat bawah dagunya...bolehlah dikategorikan kuat makan rasuah.
Tanpa lengah dan penuh keyakinan giliran si mamak pula, suharto dan lim berpandangan apabila mendapati mamak tidak tengelam, air cuma setakat bawah telapak kakinya sahaja. Tentu membanggakan..kan..kan...
Tetapi tanpa pengetahuan mereka berdua rupa-rupanya di dalam air itu ada si samy kelemasan menahan kaki si mamak (bossnya) supaya tidak tengelam ke dalam air

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti1091
Tarikh2005-09-19

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).