Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Bambu Runcing


Kata- kata menjadi terlalu berbisa

persis bambu runcing menghunjam dada

tiada yang selamat di lembah beringin ini

pilihan hanya dua ; parah atau maut

luas kesempatan semakin sempit

sempit harapan kian tersepit

kata- kata adalah sihir terbaru

menyihir langit, menyihir bumi

menyihir teman, menyihir lawan.


Kata- kata lidah bergentayangan

meragut timbang waras

merenggut neraca fikir

kata- kata itu merayau- rayau di padang rasional

kata- kata itu merayu- rayu di jurang emosi

kata- kata yang menikam

parahnya kita.

From:nizamsha@hotmail.com
Sahrunizam Abdul Talib
Bera, Pahang.
21 September 2002

Statistik Kandungan
Penulissystem(klik lihat profail)
Markah Undian4.4
Populariti262
Tarikh2004-08-16

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.