Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Kelakar Korner
 
Muka Depan Kelakar Korner | Hantar idea kreatif anda ke Kelakar Korner

Perut Buncit

by NiNa on June 17, 1998 at 02:53:08:



Perut Buncit


Ada ler satu citer ni...tentang perangai atau tabiat anak-anak.
Citernya gini.....ada ler sorang ibu tu..dia ni risau sangat tengok perangai anak dia. Untuk pengetahuan anda anaknya ni berusia 8 tahun..tapi tabiatnya ngalahkan budak umur 8 bulan..pantang ada waktu terluang jer..mesti dia hisap jari tak kira ler siang ker, malam ker, tengah duduk tengok tv ker. Tabiatnya ini merunsingkan si ibu, lantas si ibu ni berfikir macam mana ler nak buang tabiat buruk anaknya tu. Puas ler dia berfikir...dari hari ke hari sampai dah naik blur kapla otak si ibunya ni. So pada suatu hari tu sedang si anaknya leka menghisap jari di depan pintu.. melintaslah seorang lelaki, kebetulan perut si lelaki ni buncit (macam orang pregnant 9 bulan tu). Tiba-tiba si ibu ni mendapat ler idea, lantas si ibu pun berkata " Buncitnya perut pakcik tu"..si anak melihat kearah lelaki tersebut sambil lalu bertanyakan sesuatu pada ibunya " Iyala..kenapa jadi cam tu mak". Si ibu tersenyum " hah kalau kau nak tahu masa kecik-kecik dulu pakcik tu suka hisap jari..pasal tu ler perut dia buncit". Sejak dari itu si anak ni dah tak hisap jari lagi.

Maka nak di jadikan citer..pada suatu si ibu ni ke pasar ditemani oleh anaknya. Sedang si ibu ni sibuk-sibuk memilih ikan, si anak ni terpandang seorang perempuan mengandung berdiri di sebelah ibunya. Si anak ni terus mendekati perempuan tadi dan berkata dengan suara yang agak kuat" Hah!saya tahu kenapa perut makcik buncit". Semua mata memandang kearah mereka, si ibu menarik tangan si anak dan terus berlalu dari situ, tinggallah perempuan mengandung tu terkebil-kebil dengan muka yang merah padam menahan malu.
 

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian4
Populariti345
Tarikh2005-09-19

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.