We are Customer too, just like You (-:
Get Credit Cash Back at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Learn_Internet My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Kelakar Korner
 
Muka Depan Kelakar Korner | Hantar idea kreatif anda ke Kelakar Korner

nak cepat nyer pasal..

by tahsaper on November 26, 1998 at 21:18:32:



nak cepat nyer pasal..


Cerita ni cerita betul..berlaku kat kakak aku dah lama dah..dekat 10 tahun ada kot..Masa tu hari minggu..dia ngan suami dia nak gi pasar..,beli barang2 keperluan..tapi sebab keluar rumah dah lambat dan
nak balik cepat nyer pasal,takut anak nangis,depa berdua gi la naik motor..hari minggu kan jalan banyak jem..Sebelum sampai kat pasar tu,banyak kali la gak kena lalu dan berenti kat trafik light...

Yang herannya,setiap kali berenti,boleh katakan semua orang yang ada kat keliling motor depa tu pandang,pastu gelak kat kakak aku semacam jea..kakak aku apa lagi,check la apa yang patut..kot2 seluar
koyak ke..,baju terselak ke,pakai sandal lain sebelah ke apa..tapi takde pulak..bagitau kat suami dia pun,camner suami dia nak tengok apa yang tak kena kan..last2,dia buat muka tebal dan buat derk je,
sampai la depa tiba kat pasar..turun2 je motor tu,terus dia tanya kat suami dia..

" bang,tadi tengah jalan ramai orang pandang dan gelakkan saya semacam jea..ada apa2 yang tak kena ke pada saya harini bang??.." tanya kakak aku sambil nak bukak helmet dia..

" takde pun abang tengok..." jawab suami dia...pastu..

" kahkahkahkahkahkahkah.." tak berenti abang ipar aku gelak..

" apsal bang??.." tanya kakak aku lagi..

" tu haaa...awak pakai helmet terbalik saper suruh..patutla kena gelak pun.." jawab abang aku..

Rupa2nya,kalo kawan2 nak tau,kakak aku terpakai helmet dia terbalik..kes nak cepat nyer pasal,dia main sauk je helmet tu..disebabkan helmet tu jenis yang takde guard kat bahagian depan
(kat bhg depan atas,bentuk runcing,biasanya boleh cabut sebab berbutang),dia tak perasan langsung yang bahagian depan helmet tu terlepas ke belakang!!!..Lepas pada tu,time naik motor jea,
selalulah dia check banyak kali supaya tak tersilap lagi..tersenyum sorang2 bila teringat kes helmet terbalik nih...helmet 'gondol' tu pun dah jadi arwah dah sekarang...:-)


Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian3
Populariti250
Tarikh2005-09-19

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.