home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Cerita Pelik, Hantu & Misteri
 
Muka Depan Cerita Pelik, Hantu & Misteri | Hantar idea kreatif anda ke Cerita Pelik, Hantu & Misteri

berinteraksi dengan roh.......

kisah ini mengisahkan dengan pelbagai watak, tetapi ia benar belaka. tapi ia terjadi pada 11/8/1996 masa tu aku darjah 3.

aku ngan member aku ngah main l0mpat getah, lepas tuh dtg la seorg abg ni, dier mmg agak tak btol skit, orang kater mcm budak sindrom la tapi nmpak mcm tak pon, sebab dier hdsome, aku pon tak tau la knp dier jadi mcm tuh dengar kater sebab tekanan maslahg keluarga, tapi dier dari keluarga baik2, ayah dier tok imam masjid.

pastuh masa aku tgh main tuh dier tetiba dok dekat ngan kawan aku pastuh dier selak kain kawan aku tuh smpi nmpak seluar dalam, agak kurang ajar perlakuan dier, aku terus maki hamun dier dengan perkataan yang tak sepatutnya.pastuh dier gelak jer ngan mata terbeliak nyer tuh. takut aku, aku terus balik umah, pastuh arwah ayah aku marah sebab aku berkelakuan macam tuh kat dier.pastuh arwah ayah aku berkemas la beg nk g kursus tggal la mak, aku ngan adik perempuan aku.

keesokan harinya tuh aku nmpak mak aku kai baju kurung, pki tudung pastuh aku ty la ''mak nak g mana?'', mak aku ckp ''nk g umah org meninggal kat blok sebelah ni ha'', aku pon terkejut la ty ''saper yang meninggal mak?'', mak aku ckp '' anak tok imam yang mcm org giler tuh la'', masa tuh menggigil badan aku, tak tahu la kenapa, mak aku ajak g umah abg tuh, aku pon pegila, peginya aku nmpak mak abg tuh menangis n ckp ''mata dier lagi sebelah tak leh tutup sebab knp tak tahu la, letak duit 50sen pon dier melatantun balik ke atas,'' kbtolan aku ader kat situ aku tgk la pada jauh, lepas semua org perempuan ke dapur tggal aku sorang ngan mayat tuh tapi dlm jarak jauh la. aku sajer jer perhatikan mayat tuh, terkejutnya aku bile mata dier yang terbuka sebelah tuh memandang aku smbil mulut tersenyum, aku py berlari balik umah ngan badan menggigik gigil.

pada malam sebelum abg tuh meninggal, kawan aku ader cerita kat aku yang dier ader nmpak lembaga putih masuk kat lam umah dier, earm mungkin malaikat maut yang telah di utuskan oleh allah untuk tarik semula nyawa yang allah pinjamkan pada setiap hambanya. dan pada malam abg tuh meninggal aku beranikan diri untuk tido sorang2 tak tahu knp tapi aku berani sgt masa tuh, arwah ayah aku g kursus yang aku pulak tggal ngan mak n adik lam umah, jam menunjukkan tepat kul 12 aku tak leh tdo, sehingga nk dekat pukul 2 baru aku leh tdo. tiber2 aku terdengar sore org pggil aku dekat sgt mcm kat sebelah aku je.. dier pggl nama aku pastuh dier ckp dalam nada mengejek, '' kema, ohh kema, ha ni aku dtg ni nk tdo sebelah ko,'' pastuh aku terbangun tapi aku tak pandang la dier, pastuh aku baca allhuakbar sebanyak 50 kali tapi dalam masa yang sama jugak dier ejek, '' ko takut ae, pastuh ko takut ko pggil mak ko, mak, mak, mak, pastuh mak ko tak dtg pon, hahahahahah,'' pastuh aku rasa dier mcm naik katil aku, sebab katil aku bergerak, pastuh dier kacau aku dier goncangkan katil aku, dier tarik selimut aku mcm org nk rogol, mmg aku takut giler masa tuh, pastuh aku jerit la dan menyebut allahuakbar kali yang ke-50 dan secara automatiknya roh itu terbakar dan meminta tolong aku untuk hentikannya, mmg aku nmpak keadaan dier yang terbakar dengan matanya yang terkeluar dan meminta tolong untuk hentikan api yang sedang marak tuh dan berjanji takkan ggu aku lagi.

tapi aku tak percaya dan aku bertanyakan kepada dier, '' wahai manusia yang sebegini rupa, dari mana asal usulmu dan dari mana kamu dtg,'' tak tahu la mcm maner aku boleh berkata begitu sedangkan umurku baru menjangkau 9 tahun, mungkin kuasa allah. dan roh itu berkata, '' aku dtg dari keluarga yang baik dan anak pada tok imam, ni abg yang adik ejek semalam,'' mmg la aku terkejut btol,

pastuh aku ty lagi, '' wahai roh manusia yang meggelarkan diri abg, knp kau jadi begini?,'' dan roh itu menjawab, ''aku jadi begini kerana tamakkan harta, sehingga aku ke kancah yang hina, dan aku menjadi gila ketika aku masih hidup, dan aku juga mati adalah kerana minum racun yang ibunda aku letak ke dalamnya kerana tidak sanggup melihat aku lagi, wahai adik, tolonglah doakan abg serta sejahterakanlah roh abg dan biar abg aman di alam lain,'' aku pon bersetuju dengan syaratnya itu dan dier pergi berlalu meninggalkan aku dengan senyuman. begitulah ceritanya di mana pengajaran nya jgn terlalu tamakkan harta sehingga diri menjadi mangsa keadaan.. sekian...

Komen dari editor Anjungcafe.com: Roh yang diceritakan di sini adalah besar kemungkinan qarin si mati. Kerana roh si mati tidak akan kembali lagi ke dunia. Roh si mata telah berada di alam barzakh. Terdapat dinding yang besar yang Allah jadikan di antara dunia kita dan alam barzakh. Sila rujuk buku Buku Tuan Guru Dr Harun Din Tentang Makhluk Halus.


Statistik Kandungan
Penulisanonymous(klik lihat profail)
Markah Undian0
Populariti2547
Tarikh2009-09-14

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).