|
Kelakar Korner
Muka Depan Kelakar Korner |
Hantar idea kreatif anda ke
Kelakar Korner
MALU BESAR by Tongkat Ali on December 19, 1998 at 19:43:14:
MALU BESAR
Pada zaman dahulu ade lima orang sahabat yang mengembara kerana mahu menuntut ilmu. Masuklah mereka kedalam sebuah gua menemui sibentara guru yang bertapa. "Ingat, anak-anaku, syarat yang pertama, kamu hendaklah sepakat, jika seorang langgar pantang semuanya akan terhukum" "Baik tok" mereka berlima setuju. "cakap kali pertama, kamu akan berkurap. cakap kali kedua kamu akan hilang dari dunia dan muncul semula dalam abad ke21" "Baik tok!" mereka berlima setuju. Mereka pun duduklah bertapa. Setelah sehari semalam bertapa tiba-tiba salah seorang dari mereka terlupa lalu berkata "Penatnye!" sahabat yang seorang lagi menegur "Hei,jangan cakaplah" Maka terhukumlah mereka semua disebabkan dua orang sahabat itu bercakap. Diceritakan mereka menerima kurap yang sangat menjijikkan ditubuh. Kemudian hilang satu abad dari dunia manusia hinggalah baru-baru ini dimunculkan semula. Malangnya oleh kerana satu abad mereka tidak menemui manusia mereka lupa cara bercakap. Mereka hanya dapat menunjukkan isyarat sahaja. Sahabat yang pertama berkurap busuk diperut,tanda isyaratnya ))))))). Sahabat kedua berkurap di ponggung.Tanda isyaratnya &&&&&&&&. Sahabat ketiga dada dan puting dadanye berkurap, isyaratnya {{{{{{. Sahabat keempat berkurap disiku dan lutut, isyaratnya ^^^^^^^. Sahabat yang kelima berkurap dikemaluan hingga menitis nanah. isyaratnya !!!!!!!!!!!!!!!!. Kasihan, mereka masukkan cerita sedih ini diruangan kelakar, anjung cafe. Janganlah marah mereka, kasihan..... mungkin kerana terlalu gatal kurap tersebut, mereka tak dapat menahan diri malah terrus memberi isyarat demi israt... demi isyarat ... demi isyarat tanpa makna dari semasa kesemasa. Dan mereka takkan berani mendedahkan diri.......
Statistik Kandungan
|
|