home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Cerita Pelik, Hantu & Misteri
 
Muka Depan Cerita Pelik, Hantu & Misteri | Hantar idea kreatif anda ke Cerita Pelik, Hantu & Misteri

pengalamanku..


kisah ini berlaku semasa aku belajar dkat uitm dulu.disebabkan da sem final, aku xdapat nak duduk dalam hostel lagi. aku terpaksa sewa umah yang berdekatan dengan kolej. kami sewa berempat.

dipendekan cerita, satu ari tu aku pergi kenduri kawen umah lecturer aku yang terletak di bandar berdekatan. aku bertolak 2 orang an kawan aku menaiki moto. dari pagi sampai kemalam aku tolong rewang. lebih kurang pukul 11 malam, aku dan kawan aku ni bertolak pulang. umah sewa kawan aku ni bkan umah yang sama an umah sewa aku. tapi jarak umah xjauh pon, lebih kurang 2 kilo jer..

pas hantar member aku tu pulang kerumah, aku terus bonceng moto kerumah sewa aku lak.dalam perjalanan, aku ternampak sorang pompuan tengah dukung anaknya kat bustop.pompuan tu pkai bju kurung biru, bunga kecik2. kesian.. kalo aku bawak kreta da tentu aku berhenti untuk tumpangkan dier. tapi dalam ati aku heran gak,ade ke bas lalu malam2 buta camni? teksi lagi la jarang lalu. biala..

sampai kerumah sewa, aku tengok lampu sume da tutup.aku nampk sorang member aku da tido kat bilik dier. 2 orang member yg len balik kampung. ari cuti, biasa la.. cme aku an mamat yg tdo td jer ade keje ckit kat kolej, sebab tu kteorang xbalik.

aku pon trus tukar baju, basuh kaki dan rebahkan badan atas katil. belom sempat aku nk tdo, tbe2 badan aku ase panas.. aku bkak baju, kuatkan kipas. bebrape minit kendian, aku ase badan aku ase sejuk lak.. makin lame makin sejuk. ase macam ade angin bertiup sampai ketulang. aku tutp kipas, pakai slimut tebal. aku ase xsedap ati, tapi disebabkan terlalu penat, aku biarkan aje. xlame pastu, aku ase panas balik.. panas sampai pedih tlinga aku. aku bkak slimut, pasang balik kipas kuat2.

tbe2 aku ase kebas.. mula2 dari kaki, pastu ke badan, last kat kpale. aku ase kebas sampai sskit sgt nak bergerak. aku x larat nk melawan, pastu aku jerit sampai nak pecah anak tekak. pintu bilik terkuak, kawan aku terpancul depan pintu, tbe2 dier lak yang jerit.. Ya Allah.. serentak an tu aku ase macam ade benda terbang atas pale aku. aku trus melompat kuar bilik. ble aku pasang lampu, xde pape pon. kteorang trus amik wuduk, bace yasin.

sampai kesubuh kteorang xbrani tdo. abis solat, aku tanye kawan aku, pasal pe dier jerit mse depan pintu td? dy ckap ade benda bertenggek kat atas bahu aku. benda mcam beruk, tapi tangan dier panjang dan mlengkung ke blakang.gigi benda tu besar dan bercabang.pas dier jerit bru benda tu ilang. berderau darah aku dengar pe kawan aku ckap.

korang mesti pelik sbb ape aku cerita psal pompuan kat bustop td kan? senarnye kawan ak yg follow pergi kenduri td ade nampak pompuan bawak ank, semasa aku an dier kat depan pintu umah sewa kawan aku ni. ble aku pecut je moto ke jalan besa, tbe2 pompuan td lompat,terbang mghala kejalan besa gak. kawan aku ni trus masuk umah, kunci pintu cepat2. dy ckap pompuan tu pkai baju kurung biru, bunga kecik2!
Statistik Kandungan
Penulisanonymous(klik lihat profail)
Markah Undian0
Populariti1750
Tarikh2010-06-22

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).