home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Kelakar Korner
 
Muka Depan Kelakar Korner | Hantar idea kreatif anda ke Kelakar Korner

Tambah Power (18 SX)

by Abang Kencana on May 28, 1998 at 22:08:10:



Tambah Power (18 SX)


Adalah satu cerita. Dua orang pembesar negara. Namanya dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan dan water-face. Jadi, nak dijadikan cerita. Menteri A seorang yang mati pucuk. Dia punyalah risau sebab bini dia dah lain macam. Satu hari dia pergi melawat Australia. Di sana diadapatinya ada sebuah klinik sakit tuan, ada menjalankan pertukaran kemaluan, mana-mana yang sudah tidak boleh atau kurang power ditukar dengan yang lain. Jadi Menteri A tadi tukarlah dan balik ke Malaysia. Dia sungguh terkejut kerana dia mendapati perbezaan yang amat menakjubkan dan langsung dia sendiri macam tak percaya, tenaga batinnya dah bertambah kuat dan punya power macam tu. Langsung dia bangga dan menceritakan kepada Menteri B yang kebetulan juga barang kurang baik dan hampir-hampir dah tak boleh digunakan langsung .........
Jadi Menteri B pun bertanyalah macam mana perkara ini boleh berlaku. Dipendekkan cerita Menteri A pun bagitaulah rahsia macam mana dia dah buat pertukaran 'barangnya' di sebuah klinik di Australia. Tanpa membuang masa, esoknya menteri B, pergilah ke klinik yang di maksudkan di Australia. Setelah memperkenalkan dirinya dia seorang Menteri dari Malaysia, Doktorpun menunjukkan sampel-sampel barang yang boleh dipilih. Jadi tanpa berlengah-lengah lagi, Menteri B pun membuat pilihan, 'barang' yang sederhana besarnya tapi panjangnya boleh tahan. Setelah sembuh dari pembedahan itu, diapun pulang ke Malaysia dan mencuba tenaga kelakiannya, namun dia amat kecewa kerana walaupun selepas pembedahan, powernya masih seperti dulu, lemah dan tak bertenaga. Jadi menteri B pun pergilah jumpa menteri A kembali dan menceritakan
bagaimana dia telah buat pembedahan di klinik tersebut tetapi powernya masih seperti dulu, lembik dan tidak berkemampuan. Diringkaskan cerita, Menteri A minta tengok, macam mana 'barang' telah ditukarpun masih tak menjadi. Menteri B pun membukalah zip seluarnya dan menunjukkan barangnya yang telah ditukar. Maka tergelah besarlah Menteri A, kerana rupa-rupanya barang yang telah ditukar oleh Menteri B, adalah 'barang' kepunyaanya dahulu, patutlah tak mengancam dan lembik semacam...........

Abang Kencana 98.

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian0
Populariti1528
Tarikh2005-09-19

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).