|
Kelakar Korner
Muka Depan Kelakar Korner |
Hantar idea kreatif anda ke
Kelakar Korner
Hantu...... by Amy on December 23, 1998 at 23:54:26:
Hantu......
Assalamualaikummmmmmm........... Okay..diingatkan kepada semua pembaca, jokesl ini jangan dibaca pada waktu malam hari dan sebolehnya lepas baca mail ini anda terus melupakannya......bukan aper ini adalah bertujuan untuk keselamatan anda semua..sebaik baiknya...pada masa ini anda mula membaca ayat2 pelindung diri...saya bukan bertujuan menakutkan andaa semua tapi ini adalah langkah berjaga-jaga kerana telah ada kes sebelum ini yg mana seorang student itu telah dicerita ttg kisah ini oleh kawannya iaitu aper yg terkandung dlm jokesl ini....setelah mendengarnya ...student perempuan ini diserang histeria serta merta.....diharap anda membaca beberapa ayat pelindung diri s'karang cthnya ayat kursi dan 3 'QUL..' okay lets the story begin......pada malam jumaat itu...ustaz itu telah bermimpi yg ia didatangi oleh satu lembaga. badan lembaga itu tidak lain dan tidak bukan iaitu...pelajar lelaki yg mati kat tasik itu....pelajar itu telah meminta bantuan kpd ustaz supaya menyempurnakan jenazahnya....ustaz itu bertanya "bagaimana ana boleh menyempurnakan jenazah anta...?, sedang ana tak tahu dimana letaknya jasad anta itu...lagipun kitorang semua telah mencarinya didasar tasik tapi tak jumpa...." Pelajar tersebut menceritakan kpd ustaz itu dengan perassan hiba dan penuh tangisan..."ana tahu...yg usstaz telah berusaha mencari mayat ana tapi mayat ana bukanlah berada di dasar tasik sepertimana yg ustaz jangkakan...mayat ana berada di dalam pokok besar berdekatan dgn tasik....dan menanti masa untuk reput..., diharap ustaz dapat membantu ana....." setelah berkata begitu lembaga itu terus ghaib......ustaz itu terus terjaga dari tidurnya dan mengurut2 dadanya sambil mengucapkan istighfar. Tanpa membuang masa ustaz itu terus menghubungi rakan-rakannya iaitu beberapa orang ustaz yg lain utk pergi ke tempat yg dimaksudkan.... Sebaik sahaja sampai ke pokok yg dimaksudkan ustaz itu terus menebang pokok itu...tapi satu lagi perkara aneh berlaku....pokok tersebut tiba2 sahaja bersuara...dan berkata "wahai manusia usah kamu cuba untuk menentang aku ..." sambil mengilai2.....ustaz tersebut tidak menghiraukan suara tersebut lalu terus menebang pokok itu sambil mulutnya terus berkumat kamit membaca ayat2 suci......akhirnya pokok itu tumbang dan satu lagi keanehan iaitu pokok itu mempunyai rongga di dalamnya (ruang) setelah menjenguk didalam lubang pokok tersebut ustaz tersebut mendapati jasad pelajar terbaring kaku dlm keadaan yg sungguh menyedihkan...bagaimana keadaan pelajar itu tak dapat sayer ceritakan disini atas sebab2 tertentu.....setelah keluarga tersebut dimaklumkan..pelajar tersebut dikebumikan dgn segera..... Di tanah perkuburan...pelajar tesebut dikebumikan dlm suasana yg penuh menghibakan....tapi pada malamnya...penduduk kampung di sekitar kampung tersebut dikejutkan dengan berjalannya satu lembaga dijalan2 sekitar kampung tersebut dgn memakai pakaian putih berlumuran darah sambil meratap dan menjerit2 seolah-olah dirinya terseksa. Lembaga tersebut menghampiri seorang tua yang sedang membaiki basikal pada waktu malam, entah mengapa situa itu pandai2 hendak membaiki basikal pada waktu malam. Lembaga itu terus menghampiri situa itu...tiba-tiba "PANG!!!!!!!!!" satu tamparan hinggap dimuka azman......."kan mak dah kata, jangan asyik karang cerita seram.....dari tadi lagi mak panggil suruh jaga adik kau itu......." Azman terpaksa akur dgn perintah emaknya.......sambil merungut "cehhhh...tak sporting betul mak aku nie....nak karang citer seram sikitt dokleh.... argh... tensen.. tensen....." Sekian saja cetia seram itu....diharap pembaca2 jangan tensen jgn marah2..kan sayer dah suruh baca ayat suci tadi tue untuk melindungkan diri dari marah kat sayer ler tue he he he he he.... at last byeeeeeeeeeeeeeeee assalamualaikum KESIAN KORANG SUME KENA TIPU... JANGAN MARAH YEK. NANTI CEPAT TUA.
Statistik Kandungan
|
|