|
Kelakar Korner
Muka Depan Kelakar Korner |
Hantar idea kreatif anda ke
Kelakar Korner
Misteri Sungai Maut by Locomotive on July 01, 1998 at 05:28:55:
Misteri Sungai Maut
Kisah ini terjadi kat sebuah kampung yang agak terpencil, tetapi mempunyai bilangan penduduk yang ramai. Dalam kampung ini juga ada sebatang sungai yang besar dan panjang. Akan tetapi, penduduk kampung tersebut tidak mahu menggunakan sungai itu. Malah, boleh dikatakan tidak ada seorang pun yang berani mandi atau mencuci kain di situ. Ini kerana, kononnya kat dalam sungai itu tadi, tinggal seekor buaya yang ganas. Dan ada seorang tua menceritakan bahawa, pada zaman dahulu, sesiapa sahaja yang ingin menyentuh air sungai tersebut, maka mautlah jawabnya. Oleh sebab itulah sehingga ke hari ini, tiada siapa pun yang berani menggunakan sungai itu. Di hujung kampung tersebut, tinggal seorang kaya yang hidup dalam keboringan kerana dia tidak mempunyai apa-apa pekerjaan selain mengutip duit sewa daripada beberapa penduduk kampung itu. Bagi menghilangkan keboringannya, dia terfikir untuk mengadakan satu pertandingan terbuka untuk semua penduduk di kampung itu. Pertandingan yang dianjurkannya mudah sahaja. Iaitu......barangsiapa yang berani dan berjaya menyemberangi sungai tersebut dikira sebagai pemenang. Dan akan dihadiahkan wang sebanyak RM10,000.00. Orang kaya tersebut membuat dan menampal ribuan poster diseluruh kampung sebagai promosi pertandingan itu dan siapa yang ingin mengambil bahagian hanya perlu datang ke tempat pertandingan pada tarikh dan waktu yang telah ditetapkan. Tiga hari kemudian, tibalah masanya. Seluruh penduduk kampung hadir ke tempat pertandingan beramai-ramai. Bukan untuk mengambil bahagian, tetapi untuk menyaksikan sendiri siapa yang berani untuk menyemberangi sungai itu selain untuk melihat sejauh mana kebenaran bahawa wujudnya buaya ganas yang dimaksudkan oleh orang tua dikampung itu. Orang kaya yang menganjurkan pertandingan itu sudah bersiap-sedia di tepi sungai sejak awal pagi lagi. Ada juga penduduk yang mengambil kesempatan membuka gerai makanan ringan dan minuman sempena hari pertandingan yang julung-julung kali diadakan itu. Setelah beberapa jam berlalu, masih tiada siapa yang tampil untuk mengambil bahagian. Akan tetapi, pihak penganjur tetap bersabar dan menanti dengan penuh suspen. Tiba-tiba.......SPLASH.......BUSH...BUSH...BUSH...BUSH...BUSH...BUSH...BUSH.....seorang pemuda berenang ke seberang sungai dengan laju sekali......dan seluruh penduduk kampung bersorak dan menepuk tangan tanda tahniah diatas keberanian pemuda tersebut. Setibanya dia di seberang sungai.....orang kaya itu manghampirinya dan mengucapkan tahniah kepadanya. Pemuda itu masih lagi tercungap-cungap keletihansambil mukanya pucat sama-sekali. "Fuh...Fuh...Fuh...Fuh...Fuh...Fuh....dan.....Waaaaaaaaaaaaaaaaaaa.............dia menangis dengan tidak malunya......"Apahal ni??" tanya orang kaya kepadanya....... "Waaaaaaaaaaaaaa........aku tak mau duit...Waaaa" jawabnya sambil menangis. "abis tu, kau nak apa??" tanya orang kaya itu lagi...... " aku mau...aku mau...aku mau tau sapa yang tolak aku tadi...Waaaaaaaaa....apa la punya member, kalo nak gurau pun, carilah cara lain...Waaaaaa"
ABISSSS........hehehe.....
Statistik Kandungan
|
|