Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Kelakar Korner
 
Muka Depan Kelakar Korner | Hantar idea kreatif anda ke Kelakar Korner

Hasan Langut & Family (21 SX)

by Abang Kencana on January 03, 1999 at 09:36:04:



Hasan Langut & Family (21 SX)


Ceritanya macam ni..... Jeng-jeng-jeng
Dalam sebuah desa, tinggallah dua beranak.
Anaknya nama Hasan Langut dan sorang lagi bapak
si hassan. Namanya aku pun dah lupa dah.
Nak dijadikan cerita, dalam desa tu adalah sebuah
kedai kopi dan teh tarik. Jadi, oleh kerana mereka
dua beranak ni sama-sama jantan, malaslah nak masak-mwemasak ni
dan shortcutnya, makan di kedai itulah jua adanya. Di
kedai tersebut adalah sorang anak dara yang cantik molek, pipi
pauh dilayang dan berlesung pipit, betis bunting padi dan bibirnya
bagai limau seulas. Cantiklah tu......
Si Hasan langut, minat sangat kat budak tu, nama dia Mek Ani. Begitu
juga bapak si Hasan. Minat jugaklah sebab dia dah lama menduda. Bini
dia dah mati 2 tahun lepas akibat terlanggar lembu jantan adanya.
Diringkaskan cerita, oleh kerana si Hasan Langut ni lebih hensem dari bapaknya,
Mek Ani kurang berminat dengan bapaknya dan last sekali dapatlah Hasan langut
kawin dengan Mek ani dan berputih matalah si bapa Hasan. Maklumlah Mek Ani
dah jadi menantunya, sedangkan jiwanya begitu meminati Mek Ani. Lagi pendek cerita,
tinggallah Hasan Langut dan Mek Ani bersama bapak si Hasan serumah. Sejak itu,
Mek Ani lah yang jadi tukang masak di rumah tersebut.
Pada suatu pagi nan syahdu, ayah Hasan bangun awal. Dia ternampak Mek Ani dok terbongkok-
bongkok di dapur sedang masak ubi kayu untuk sarapan. Apa lagi.... macam peluanglah.
Tengok hasan Langut belum bangun, pura-pura mendekati Mek ani, bapa Hasan meraba punggung
Mek Ani, sebab dia ni pun memang minat kat menantunya. Terkejut Mek ani melihat kegatalan
bapak mentuanya. Puas dia pikir, apa dia nak buat ni. Nak dimakinya, itulah satu-satunya
mentua dia. Jadi Mek Ani diam sajalah. Pagi besok bapa Hasan buat lagi. Makin terkejut Mek Ani.
Pikir punya pikir, perkara ini tak boleh dibiarkan, dia pun bagitau si Hasan Langut yang bapa mentua
nya dah romen punggung dia. Terkejut beruk Hsan Langut. Tapi Hasan Langut seorang yang
bijaksana. tidak mengambil sebarang risiko dalam masa terdekat. Setelah menjamah hidangan pagi tu,
Hasan pun memulakan bicara:
Hasan: Bapak, saya ada satu kemusykilanlah....
Bapa: Apa pula? Habaq mai. Boleh kita bincang sesama.
Hasan: Takdelah bapak. Mek Ani cakap, bapak dah dua kali raba punggung dia. Betoi ke?
Bapa: (Berderap darahnya, tapi bapa si Hasan ni tak cepat melatah). Oh benda tu, Mek Ani tu kan
menantu aku, apa salahkah aku raba punggung dia sekali dua?
Hasan: Apa tidaknya bapak. Mek Ani tu bini saya, kenapa pula bapak pandai-pandai dok romen punggung dia?
Bapa: Eh kamu ni Hasan. Aku tahulah Mek Ani tu bini kamu. Aku raba punggung saja. Kamu tu, bukan setakat raba punggung.
Ingat tak masa kamu kecik dulu, bukan saja kamu raba punggung bini aku, tapi buah dada bini aku pun kamu gasak. Aku sekadar raba punggung saja bini kamu.
Bini aku, kamu buat macam tu, ada apa aku kata. Aku diam saja.
Hasan: Betul jugak ye. Kalau macam tu, rabalah kalau bapak nak raba punggung Mek Ani tu.
Bapa: GULP!!!!!!

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti527
Tarikh2005-09-19

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.