by lippy the lion on July 06, 1998 at 03:37:17:
kisah seram di bukit putus
Al kisah tersebut, kawan kita punya kawan yang empunya sebuah motor kapcai...
Dalam perjalanan pulang dari Seremban ke Kuala Pilah,
sudah menjadi kelaziman bagi orang K.Pilah utk melalui Bukit Putus yg tidak terkira bengkang bengkoknya,
saban hari jika berulang alik ke Seremban, di penghujung Bukit Putus itu pula adalah sebuah tempat peranginan
air terjun yang dinamakan Hutan Rekreaser Ulu Bendul yg sering menarik perhatian pelancong dlm mahupun luar negeri...
Nak dijadikan cerita di satu malam, ketika kawan kita punya kawan terpaksa pulang lewat dari opisnya di Seremban,
beliau terpaksa melalui perkarangan bukit putus itu keseorangan. Jam di tangan menunjukkan pukul 11.45 malam.
Kebiasaan dengan sebuah motor kapcai, ia mengambil masa lebih kurang 20-30 minit utk melepasi bukit putus itu.
Tiba-tiba di tengah2 perjalanan, beliau ditahan oleh seorang lelaki tua... Fikirannya mula melayang memikirkan kisah
yang bukan2, tambah lagi bila semakin hampir, dia melihat org tua itu berpakaian putih tetapi lusuh dan amat kotor...
Kawan kita punya kawan pada mulanya tidak mahu memberhentikan motornya tetapi bila tiba sahaja di hadapan org tua itu,
enjin motornya mati.... "Ah sudah...." detik hati kecilnya...
"Nak.... buleh pancik tumpang....?" tanya org tua itu dgn nada perlahan...
Kawan kita punya kawan pun tiada pilihan lain melainkan utk menumpangkan org tua itu...
Org tua itupun naik ke belakangnya dan kawan kita punya kawan tidak bercakap banyak dan terus memacu motornya ke hadapan
tanpa banyak soal...
Bila hampir saja sampai ke penghujung bukit putus itu, org tua itu pun bersuara... "Nak... berhentikan pakcik di sini kejap..."
Kawan kita punya kawan hampir2 terkejut dibuatnya kerana pakcik itu tiba2 aje bersuara.... Dia pun memberhentikan motornya dan
seperti biasa, dia tak banyak soal kerana dia masih ingat lagi pesan rakan2nya, kalau terjumpa benda pelik... jangan tanya!
Pakcik itu pun melangkah masuk menuju ke hutan yang mengalir di dalamnya sebatang sungai...
Kawan kita punya kawan terpaku berdiri melihat sekeliling sambil membacakan beberapa surah lazim yg dia masih hapal...
"Kalau tak silap, ni dah sampai ulu bendul nih...!" detik hati kecilnya sambil bersyukur kerana dia sudah melepasi kawasan bukit
putus yg terkenal dengan kekerasannya...
"Baik aku blah dulu sebelum apa2 terjadi...!" Bisiknya lagi... Belum sempat dia menyetatkan enjin motor itu, orang tua tadi muncul
di belakangnya...! "Anak nak ke mana tergesa2 nih?" tanya org tua itu...
"Opocot!" jerit kawan kita punya kawan dalam hati.... dia pun menoleh ke belakang.... Alangkah terkejutnya dia bila melihat pakaian
pakcik yg kotor tadi telah bertukar menjadi bersih, putih... Dia sudah mula panik... Lebih memanikkan bila bau wangi mula menerjah
ke lubang hidungnya... "Ah, sudah...!" detik hati panik nya....
Dalam keaadan yg mula kelam kalibut itu, tepacul pula soalan dari mulutnya... Ntah macam mana terkeluar pulak soalan dari dirinya yg
penakut itu.... mungkin nak hilangkan panik kot.... Dia bertanya "Apa pakcik buat tadi pakcik...? sampai pakaian pakcik buleh jadi putih
pulak ni pakcik...?"
Pakcik itu mendiamkan diri buat seketika.... dan kemudiannya dia tersenyum.... Senyumannya semakin lebar hingga menampakkan barisan giginya
yang jarang.... Kawan kita punya kawan semakin pucat...
Tiba2 pakcik itu ketawa.... seraya berkata... "Itulah kuasa FAB buku biru !"
Sekian, terima kasih....
Moral : Sebelum berjalan naik motor kapcai, baca doa naik kenderaan... Moga perjalanan sentiasa berkat dan mendapat lindungan Tuhan... Amin...