home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Kelakar Korner
 
Muka Depan Kelakar Korner | Hantar idea kreatif anda ke Kelakar Korner

Pantun Baru!

by Amy on February 08, 1999 at 01:02:18:



Pantun Baru!


Peribahsa baru

1. kecil tapak tangan, tapak sleman saya tadahkan.
2. ke mana tumpah nye kuah kalau tidak ke bawah.
3. siapa yang makan nangka dia yg dpt biji nangka.
4. pucuk di cite ismet ulam raja.
5. sepandai2 tupai melompat, akhirnya tak dpt masuk olimpik juga.
6. sesal dahulu pendapatan sesal kemudian cukai pendapatan.
7. tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan.
8. tiada rotan pelempang berguna juga.
9. biar lambat asal dapat.
10. biar putih tulang jangan kuning gigi.
11. ada gula adalah gula-gula.
12. jauh dimata dekat di mata-mata.
 13. kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar.
14. carik2 bulu ayam lama2 jadi shuttlecock.
15. secupak takkan jadi 18 cupak
16. gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggal dunia.
17. sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula makanan di dalam mulut.
18. harapkan pagar pagar tak boleh diharap
19. habis madu sepah jgn di buang merata2
20. alang2 mandi biar guna air.
21. ayam terlepas tangan berbau ayam.
22. berani kerana benar takut kerana penakut.
23. berapa berat mata memandang berat lagi seguni beras.
24. cubit paha kanan peha kiri tak rasa apa-apa pun.
25. diam2 ubi berisi diam2 penggali boleh gali ubi.
26. hendak seribu daya tak hendak tak ada daya.
27. hidung tak mancung, gigi macam kereta sorong.
28. hidup segan mati tak malu.
29. ikut hati mati, ikut rasa merasa.
30. ikut resmi padi semakin berisi semakin byk burung mari.
31. kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada tangannya. 32. lembu punya susu cap teko dpt nama
33. patah tumbuh hilang report polis
34. sambil menyelam tgk kapal selam
35. sehari selembar benang lama2 benang habis.
36. jika kail panjang sejengkal beli le yg panjang sikit kalau nak mengail dilaut.
37. membujur lalu melintang pukang.
38. hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri,lebih baik kalau hari tak hujan.
39. sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut.


Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian0
Populariti2195
Tarikh2005-09-19

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).