home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Bangunkan Aku Esok Hari

Diwaktu aku memerlukan kau
dedaunan bertaburan berlari-larian
tika hujan memancar bumi
tika itu lah dikau pergi

Disaat aku keseorangan
kasihmu pudar dibawa angin
tika itu apa yang mampu kulakukan
hanya deraian air mata yang mengalir

Aku dihantui bayangan mu
tak mampu aku mengingkirkan dirimu
kau juga tahu mengapa
kau juga tahu kenapa...

Sayang...
semalam kita masih disini
masih menyemai cinta yang mekar
tapi mengapa tiba-tiba begini...

Kasih...
moga esok lebih bermakna bagi ku
moga lebih bererti buat
esok...bangunkan aku esok hari
agar ku tak temui tika kini...

azlin_enn
16/09
Statistik Kandungan
Penulisazlin_lampu(klik lihat profail)
Markah Undian0
Populariti1518
Tarikh2004-09-16

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).