home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Kelakar Korner
 
Muka Depan Kelakar Korner | Hantar idea kreatif anda ke Kelakar Korner

Kepala tersangkut

by Ziza on April 29, 202001 at 18:31:16:



Kepala tersangkut


 Dulu sebelum aku beli kereta, aku
selalu naik bas berulang alik ke
tempat kerja. Pegi dah le awal,
jam 6.30 aku dah mesti ada dalam
bas, kalau tidak, alamatnya sampai
lambat le kat opis. Dah pasti le
mengantuk kan...Dalam bas, mesti
tak lepas punya dari tido.
Satu hari tu, masa balik dari kerja
macam biasa le, aku pun tido le
dalam bas. Bas tu, pesen tingkap
nya ada palang tengah-tengah. Aku
kalau naik bas kat Pudu Raya tu,
dah sah le tido tepi tingkap, lagi
pun kepala boleh sandar kat tingkap.
Lena, jangan cakap le, sebab
perjalanan dari tempat ke ke tempat
tinggal aku ada le sejam. Silap-
silap berdengkur pun boleh. Agak
nya punya le aku lena, sampai
kepala aku boleh keluar dari
tingkap. Bila aku tersedar, aku
cuba nak angkat kepala, tapi tak
boleh. Yang herannya, kepala
aku boleh tersangkut kat bawah
palang tingkap. Aku pun control
cun le, tarik kepala perlahan-
lahan dan sambung tido balik di
kerusi. Dah le tu, pasti aku
jadi bahan gelak sebab bas tu dah semestinya singgah banyak
bus-stop. Bayangkan le, muka-muka
kat bus-stop tu dah pasti le gelakkan aku.

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian0
Populariti1638
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).