Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Kelakar Korner
 
Muka Depan Kelakar Korner | Hantar idea kreatif anda ke Kelakar Korner

Sejarah Tuan Puteri

by Shahronizam Idham on May 24, 202001 at 04:37:22:



Sejarah Tuan Puteri


  Sejarah Silam
-=-=-=-=-=-=-

Tersebutlah satu kisah di zaman silam, sezaman dengan Zaman Kesultanan Melaka. Terdapat satu kerajaan yang tidak jauh drpd negeri Melaka & mungkin akan ditawan oleh Melaka. Negeri itu adalah Negeri Kemdoyong di bawah pemerintahan Sultan Azlan ibnu Arshad Shah.Sultan Azlan amat risau, akan keselamatan
negeri beliau akan serangan negeri Melaka terhadap negeri Kemdoyong. Baginda risau, risau serisau-risaunya.
Baginda tidak mempunyai bala tentera yang kuat, malah tombak & keris pun diimport daripada Melaka. Malah Laman web parlimen baginda pun sering diceroboh. Akan tetapi, Baginda mempunyai seorang puteri yang cantik rupawan,Muka bujur sirih, bibir bak seludang,memang terpikat semua lelaki memandang,termasuklah lelaki yang dah ada 8 orang anak pun terpikat dengan kecantikan puteri Baginda iaitu Puteri Azalina. Suatu hari Baginda mendapat idea untuk menguatkan bala tenteranya iaitu dengan megadakan pertandingan
untuk mencungkil bakat pahlawan tempatan.Hadiahnya ialah dapat berkahwin dengan puteri azalina.
Berita tentang pertandingan tersebut tersebar luas sehingga tiba di Melaka, Siam dan Sulawesi. Maka pertandingan itu pun bermula,ramai rakyat tempatan yang bertanding,tidak kurang pula dengan peserta drpd negera luar. Ada juga peserta daripada negeri Melaka seperti Hang Jebat, Lekir, Kasturi, Lekiu turut bertanding.
Ketika mereka siap sedia, tiba2 seorang tua datang membisikkan sesuatu kepada semua peserta secara bergilir gilir. Dan tiba-tiba kesemua peserta menarik diri daripada pertandingan, walaupun
dihadiahkan Puteri Azalina yang cantik rupawan itu.Maka Sultan pun hairan dan risau lalu menyuruh Temenggung untuk
menyiasat akan sebab sebab mengapa mereka menarik diri.
Temenggung pun menyiasat, & ingin menyampaikan khabar itu kepada Sultan Azlan
Temenggung: Ampun Tuanku beribu ribu ampun,

Sultan : Ya, temenggung, apa kah khabar berita itu.

Temenggung: Peserta menarik diri kerana sebab musabab yang sama tuanku, mereka tidak lagi berminat dengan Puteri Tuanku

Sultan : apakah sebab itu? adakah puteri beta tidak cukup rupawan.

Temenggung: Orang tua itu telah mengkhabarkan mereka bahawa puteri tuanku adalah...

Sultan : Adalah apa???? Teruskan!!!!!

Temenggung: PUTERI UMNO tuanku...


Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti312
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.