home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Kelakar Korner
 
Muka Depan Kelakar Korner | Hantar idea kreatif anda ke Kelakar Korner

Peribahasa Moden

by Shahronizam Idham on August 06, 202001 at 08:16:57:



Peribahasa Moden


PERIBAHASA MODEN

Ke mana tumpah nya kuah kalau tidak ke bawah.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tak dapat
masuk olimpik juga.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian cukai
pendapatan.

Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan.

Tiada rotan, pelempang berguna juga.

Biar lambat asalkan tak cepat .

Biar putih tulang jangan kuning gigi.

Di mana ada gula, di situ adalah gula-gula.

jauh di mata dekat di mata-mata.

Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu
bakar.

Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi Shuttlecock.

Secupak takkan jadi cecupak

Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia
mati meninggal dunia.

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di
dalam mulut.

Harapkan pagar, pagar tak boleh diharap

Habis madu sepah jangan di buang merata-rata

Alang-alang mandi biar guna sabun.

Berapa berat mata memandang berat lagi seguni beras.

Cubit paha kanan peha kiri tak rasa apa-apa pun.

Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang bisu.

Hendak seribu daya, tak hendak tak apa.

Hidung tak mancung, gigi macam kereta sorong.

Hidup segan mati ditanam,

Ikut hati mati, ikut rasa merasa.

Lembu punya susu cap teko dapat nama

Patah tumbuh hilang report polis

Sambil menyelam tengok kapal selam

Sehari selembar benang lama-lama benang habis.

Jika kail panjang sejengkal, beli le yg panjang sikit
kalau nak,mengail di laut. (beli le pukat tunda lagi
baik )

Membujur lalu melintang pukang.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri
sendiri,lebih baik kalau hari tak hujan.

Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut.

Kecil-kecil cili padi,kecil lagi biji cili.

Kalau sudi katakan sudi,
kalau tak sudi BOLEH BLAH!!!!.

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti1612
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).