Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Kelakar Korner
 
Muka Depan Kelakar Korner | Hantar idea kreatif anda ke Kelakar Korner

Ntahapehapentah!!!!

by Cyber on November 20, 202001 at 13:47:43:



Ntahapehapentah!!!!


 khas buat saudara sutek tersayang...

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan
cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika
nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama
molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali
perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.
Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin,
kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu
bunga. Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka. Kau dan aku umpama
Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya
percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah
mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak
lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia
menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.
Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok
getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku
menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu
memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah
keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku
bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa,
apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku
tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh
perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua
yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.
Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas
helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu
mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang
angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan
abang iparku.Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan
lagi. Sejak kau tiada, aku sering menyendir berbual-bual dengan pokok
betik untuk mengisi masa lapang. kadang-kadang aku mengikat botol oren
pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di
dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku
cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi
aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor
itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.
Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi?
Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh
cintaku sehingga aku terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan
terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan diatas
belakangku. Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat
untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak
beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh
dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas
lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula
keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang
kutempuhi kini.
Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku
hanyalah insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver,
McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman
seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan
kemudahan awam di tempat sendiri.Tak perlu dikesali lagi kerana nasi
telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput
tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu
termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan
lembu. Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini...diatas pokok getah
ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi
ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di
sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap
menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa
penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan
mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau
tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya
kepadamu.
Nak tak.............
itu jer.....heheheheheheheh...........
terkezut ker......
Takde keje nih......tengah tensen......Ok,bye........


Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian7.5
Populariti320
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.