|
Kelakar Korner
Muka Depan Kelakar Korner |
Hantar idea kreatif anda ke
Kelakar Korner
Helmet Punya cerita by zaiha on January 20, 202002 at 07:00:59:
Helmet Punya cerita
suatu hari aku agak lewat ketempat kerja jadi aku terpaksa ambil motorsikal jam sudah 7.45pagi , selalunya aku akan bertolak jam 7.15pagi dengan kereta kerana jalan ke tempat kerja kenderaan selalu sesak .Jadi aku cuma ada masa 15 minit lagi untuk scan badge aku sebab pukul 8.00pagi waktu masuk kerja.Punya la laju suami aku bawa , aku pun kecut juga sebab aku tengah mengandung ni.Di sepanjang jalan yang aku lalui semua orang memadang aku dan senyum sumbing . aku pun turut sedekah senyum jugalah .setengah pemandu kereta pun ada juga yang senyum sumbing dan menjeling,bagi aku mungkin kerana motorsikal yang aku naiki ni laju sangat kot lagi pun dengan perut yang buncit ni.sampai satu selekoh ada beberapa orang sedang menuggu bas pun senyum juga pada aku dan aku pun beritahu suami aku .suami aku kata mungkin aku tersilap pandang kot padahal orang yang disangka senyum tu nak senyum dekat orang lain.betul juga ,kata hati aku dan secara spo! ntan aku beritahu suami ku mungkin hari ini aku lebih cantik !sebab tulah orang semua pandang - pandang...suami ku ketawa kecil dan diam.semasa dekat dengan tempat kerja pun masih ramai yang memerhati dan memadang seolah-olah ada suatu yang tak kena ..biarlah kata hati kecil aku. Nasib aku memang tak baik aku lewat juga 10 minit sebab ada kereta rosak di tepi jalan menuju ke tempat kerja ,kalau kereta mungkin lewat lebih dari masa tersebut.Selepas aku bersalam dengan suami aku pun nak terus cepat cepat masuk nanti boss nampak leceh...aku terdengar suami aku tanya helmet tak bagi ke ..? Ha!! tangan aku rasa dikepala sah aku tak pakai helmet.aku tanya balik suamiku betul ke aku tak pakai helmet? Dia ketawa kuat dan berkata patutlah nampak cantik rupanya tak pakai helmet...aku terkejut sebenarnya kerana perjalanan dari rumah aku kira-kira 20km .semua jalan yang aku lalui semuanya jalan utama dan melalui highway utara -selatan pulak. Aku betul betul terkejut dan bila sampai kat office aku terus cerita dekat kawan-kawan aku mereka semua tergelak tak sangka aku boleh lupa sampai macam tu sekali ingat cantik sebab pakai baju baru rupanya tak ada helmet dikepala .kalau sesekali ingat memang betul betul lucu .......
Statistik Kandungan
|
|