Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Kelakar Korner
 
Muka Depan Kelakar Korner | Hantar idea kreatif anda ke Kelakar Korner

Botoi Minyak Nyok

by land allegator on October 12, 1999 at 06:04:06:



Botoi Minyak Nyok


 Tersebutlak kisah di sebuah kampung di negeri Kedah pada zaman 1970an dulu, terdapatlah seorang tua yang namanya Tok Usin. Dia ni kata orang Kedah cukup "kelolo". Pada suatu hari Tok Usin ni telah disuruh isterinya pergi membeli minyak kelapa. Zaman 1970an dahulu minyak tidaklah diisi dalam bekas plastik macam sekarang.Di sebaliknya minyak diisi dalam botol kaca. Maka Tok Usin pun berjalanlah pergi ke kedai di sebuah pekan yang terletak kira-kira 5 km dari rumahnya.Di pertengahan jalantiba-tiba Tok Usin rasa nak terkentut. Oleh kerana idea kreatif kelolonya itu, dia teringat nak kenakan taukeh cina, Ah Chong yang sesama kelolo macam dia gak. Lalu Tok Usin pun membukakan penutup botol dan kentutlah dia sepuas-puasnya ke dalam botol itu dan ditutupnya rapat-rapat. Botol yang dipenuhi gas kentut tadi dibawanya ke kedai. Sampai di kedai dia pun terus meletakkan botol di atas kaunter berhadapan Ah Chong. Kata Tok Usin, "Chong!, Hang bagi aku minyak sebotoi!" Maka Si Ah Chong ni terpinga-pinga, lantas bertanya, Hang nak beli minyak apa ni? Minyak nyok ka minyak gas(minyak tanah)? Jawab Tok Usin," Alamak! aku lupa la, minyak apa tak tau? Sambil berniat nak buat dajal, Tok Usin pun berkata" Tapi kalau hang cium botoi tu, hang akan taulah minyak apa! Kalau berbau minyak Nyok, minyak Nyoklah,Kalau berbau minyak gas tu minyak gaslah. Maka tanpa berfikir panjang, Ah Chong pun terus membuka penutup botol dan terus hemmm menghidu. Lepas tu, ..Ah Chong pun terbatuk dan muntah hijau.

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian10
Populariti335
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.