Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Metamorfosis

*nota: saya tahu sajak ini dah dikategorikan dalam arkib sajak anjungcafe, tapi saya nak tengok betapa baik/buruknya sajak ciptaan saya ini. kritikan membina anda amat saya hargai -Nhams-*


Kadangkala manusia itu sendiri bertanya...
Mengapakah ia dilahirkan ke dunia
tujuannya menjalani kehidupan dan penghidupan...
Namun ada kalanya ia sendiri alpa
lalu tidak mengenal dirinya siapa
Hanyut dalam kalut kemelut kota
Lemas dalam noda dan dosa
Ia tersedar lalu menangis
Tapi ia telah terlewat
Ia berlalu sebagai manusia leka
Pergi meninggalkan sisa yang tiada ertinya
melangkah dalam keberatan dan kesangsian
Hinggalah ia mempelajari sesuatu yang baru
tapi...sampai bilakah ia harus terus berpura-pura
Hakikatnya jelas tiada selindung mahupun mendung
Adakah ia benar-benar sedar bahwasanya ia hidup itu
hanya sementara atau untuk berbakti?
Ia terus berfikir lalu bermusafir
Mencari harga diri yang telah hilang
Memahami kehidupan serba fana ini
Ia memerhati lumrah alam ini
Duduk sendiri termenung lagi
ia mendalami maksud hati yang sepi...

Statistik Kandungan
Penulisnhams(klik lihat profail)
Markah Undian5.44
Populariti416
Tarikh2004-09-21

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.