home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Kelakar Korner
 
Muka Depan Kelakar Korner | Hantar idea kreatif anda ke Kelakar Korner

Kenapa aku handsome. 1

by aLi gigi jarang on November 11, 1999 at 21:41:31:



Kenapa aku handsome. 1


 Antara Dua Darjat

Aku diberi nama Hitam. Pelikkan nama tu. Macam takde nama lain
aje.
Sebenarnya aku pun cukup tak suka dengan nama tu..macam nama
gangster..tapi..apa nak buat dah memang nama aku gitu,bersyukur
ajelah..Aku dilahirkan sebagai anak yatim piatu. Memang malang
nasibku tak seperti kawan-kawanku yang lain ada ibu dan bapa.
Kadang-kadang aku cemburu melihat mereka sekeluarga bergurau senda
dan

bermesra berkejar-kejaran dll . Syukurlah ada Pak Mat sekeluarga ,

dapatlah juga aku menumpang kasih. Beliaulah yang menjaga aku
sejak
kecil dan memberikan aku sepenuh kasih sayang. Ibuku meninggal
dunia
kerana tak tertahan menanggung sengsara ketika melahirkan aku .
Mungkin kerana saiz aku yang agak besar. Macam anak gajah, kata
Pak
Mat.Ayahku pula terkorban akibat kemalangan jalanraya. Menurut
cerita yang
aku dengar,..ayahku mati dilanggar kereta ketika hendak melintas

jalan.
Wallahualam..
Sekarang aku sudah remaja he..he..Seronoknya!!Seronoknya!! Seperti

remaja lain aku juga tak dapat lari perasaan ingin disayangi dan
menyayangi dan perasaan ini aku peruntukkan khas.. untuk dia
seorang..Nurlida namanya...orangnya cantik manis, lemah-lembut,
sopan santun..ahhhh..kira perfectlah !! Come lote,..kata oghe
Kelate..

Hai kalaulah aku dapat dia..tentu kawan-kawan aku jealous..Tapi
masalahnya..itulah..dia tu anak Pak Mat!! Jadi ..terpaksalah aku
pendamkan sahaja perasaan aku ni sendiri. Lagipun aku sedar siapa
diri aku ini..sekadar menumpang.. Kajang pak malau kajang
berlipat..kajang hamba mengkuang layu.. dagang tuan dagang
bertempat..
dagang hamba musafir lalu.. hai sedihnya
Semalam,ahhh..semalam..merupakan hari yang paling malang dalam
hidupku. Bunga yang aku puja- puja selama ini telah dirampas
orang.!!
Sewaktu aku sedang merayau-rayau keliling kampung aku terserempak
dengan si Nurlida..gadisku itu sedang membonceng motosikal dengan
Rosman..Cis!! bukan main mesra lagi. Cilaka!!! Binawe kau Rosman,
kan
ramai lagi perempuan lain dalam kampung nie..kenapa awek aku jugak

yang kau kacau..nanti kau Nurlida, aku report kat ayah kau!! Malam

tadi aku tak senang tidur. Memang sukar aku nak terima kenyataan

ini.. Tak
sanggup lagi aku menengok muka gadis idaman aku tu..melihat dia
bermesra-mesra. Aku cemburu..cemburu!! Aku mesti lari dari sini.
Ya,
itulah keputusan aku..aku nekad,..apa nak jadi, jadilah.aku mesti
keluar dari kampung nie!! Tapi kemana aku nak pergi? KL?
JB?..Yaa..KL..aku akan pergi ke KL. Biarlah aku membawa diri ke
sana. Baru sebentar tadi aku pergi berjumpa dengan kawan-kawan
aku,
nak ucapkan selamat tinggal..Semua kawan-kawan aku menasihatkan
aku
agar
jangan pergi ..terimalah kenyataan ini, aku dan Nurlida tak
setaraf.. Ya, aku tahu..aku tahu, aku niii....aku niii.....
cuma seekor kambing,?
So what??
Kambing tak buleh bercinta ke?ke? ke?

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian0
Populariti1481
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).