We are Customer too, just like You (-:
Get Credit Cash Back at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Learn_Internet My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Kelakar Korner
 
Muka Depan Kelakar Korner | Hantar idea kreatif anda ke Kelakar Korner

ada sebuah cerita 2

by arialis on November 13, 1999 at 07:25:20:



ada sebuah cerita 2


cerita ni merupakan satu cerita benar waktu aku masih belajar kat sebuah sekolah berasrama kat perak...

aku ni satu dorm dengan sorang budak kl...nama samaran dia N...si N ni badan besar sikit...dia tak delah besar sangat...walaupun masih jadi student...si N ni dah dapat title pjk...bukannya pingat dari raja mana-mana...pjk tu maksudnya perut jauh ke depan...

al-kisahnya cerita ni berlaku time dekat-dekat nak spm...so selalulah kitorang study sampai jauh-jauh malam...

suatu malam tu...malam weekend aku rasa...kitorang rasa lapar...tengok jam dah pukul 3 pagi...N tanyalah aku...woi kau lapar tak...aku pun cakaplah yang aku pun lapar jugak...so dia reply...jom keluar makan...aku set je...so kitorang ajaklah dua orang budak lain...aku bagi nama diorang F dengan M...berjalanlah kitorang berempat nak keluar malam tu...tempat makan tu initialnya TC...ada warung makan...lebih kurang 15 minit dari hostel kitorang...

sampai je kat pintu pagar belakang sekolah...kitorang tengok pintu tu dah terkunci...selalunya pintu belakang tu terbukak je...situlah lubang kitorang nak fly (keluar malam)...kitorang bertiga, aku, M dan F nak panjat pagar tapi memandangkan si N ni terlebih sihat pulak, so kitorang cancelkan cadangan tu...kitorang check sekeliling...nak cari lubang lain...tak jumpa-jumpa jugak...last-last M ni ternampaklah adalah sedikit space untuk kitorang masuk melalui ruang antara pintu pagar dengan pagar tu...tak delah lebar sangat...muatlah untuk sorang menyelit...aku menyelit dulu...lepas tu M and then F...last sekali turn N...

dia pun menyelitlah...di tengah selitannya...dia stuck...terlekat kat celah tu...tak boleh keluar...faham-faham ajelah stuck kat mana...mesti kat perutnya kan...so kitorang cubalah tarik dia keluar...kitorang dah kat luar kawasan sekolah...dia kat border lagi...tarik-tarik tak dapat jugak...dekat 15 minit dia stuck kat situ...kitorang cuba segala ikhtiar...tak dapat-dapat jugak...kitorang dah gelabah dah...macam mana nak buat ni...

alih-alih datanglah sebuah moto...alamak motor warden...mampus kitorang...nak buat macamana ni...kitorang boleh lari...tapi si N pulak tu kesian pulak...tak kan nak tinggal member kot...nasib baiklah warden tu kitorang kamceng jugak...so boleh bertolak-ansur dengan dia...so dialah yang lepaskan si N tu...aku tak ingatlah macam mana...

warden tu kata tu lah nak langgar peraturan sekolah...kan dah kena hukumannya...kitorang terdiam je...tak tahu nak kata apa...disebabkan kitorang lapar sangat ni...kitorang mintaklah izin nak fly...dia bagi permission dengan syarat kitorang kena belikan dia nasi goreng ayam sebungkus....malam tu kiranya kitorang dan warden tu kenyang...kitorang pulak rugi 3 ringgit...suwey betul...

lepas tu si N dah tak nak keluar malam... dia asyik kirim kat aku je...last time aku jumpa dia...dia slim sikit...sikit je...aku rasa kalau kitorang menyelit lagi...mesti dia stuck lagi kat situ...

tu lah cerita aku...nak kata kelakar tak jugak aku rasa...nak kata sadis tak juga...ikut pandai-pandai korang lah nak rasa apa...

sekian...

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti232
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.