We are Customer too, just like You (-:
Get Credit Cash Back at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Learn_Internet My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Kelakar Korner
 
Muka Depan Kelakar Korner | Hantar idea kreatif anda ke Kelakar Korner

ada sebuah cerita ...3

by arialis on November 13, 1999 at 09:41:41:



ada sebuah cerita ...3


cerita ni cerita benar jugak...berlaku waktu aku masih kat sekolah menengah...waktu aku sekolah kat sebuah sekolah asrama kat perak dulu...

macam ni ceritanya...

time tu aku form four...pada satu malam, adalah sorang member aku, si N (aku harap korang dah baca ada sebuah cerita 2) ni terlebih aktif pulak...padahal kalau nak kira antara member aku dia ni kira pemalas gila nak main sukan...tapi tah apa jadinya malam tu dia ligat main hoki kat dalam dorm kitorang...

mainlah dia sorang-sorang sampai hampir waktu nak light-off...bising gila...eh lupa nak cerita pulak...dorm kitorang ni dekat gila dengan bilik warden...jadi aku rasa korang dah dapat menggambarkan situasi malam tu...

alih-alih je warden kitorang menjenguk masuk ikut pintu...si N pulak dengan selambanya terjun ke atas katil dia...warden kitorang dengan brutalnya menyuruh semua orang yang takde ada atas katil masing-masing keluar dan berhimpun depan blok...sebab muka dia brutal gila kitorang pun menikus...dia pun dorm lain dan mana-mana budak yang takde atas katil diperintahkan berhimpun...

kat depan blok tu kitorang beratur ikut dorm...ada empat dorm semuanya...aku duduk dorm one...disebabkan bunyi bising tu datang dari dorm kami...si warden tu dengan muka rimaunya tanyalah kat budak-budak dorm aku...sapa yang buat bising tadi keluar...memandangkan si N tu dah terbaring kat katilnya so dia tak berhimpun sama...budak-budak dorm lain semuanya bengkek kat kitorang...dia tunggu sampai 5 minit...disebabkan takde budak yang nak mengaku...kebrutalan mukanya bertambah...

sebagai hukuman kami semua sekali yang berhimpun depan tu kena buat macam bende...umpamanya kena lari keliling blok asrama, berpusing sebanyak 10 kali dengan jari telunjuk tangan kanan kena letak pada tanah (sekolah aku panggil helikopter), budak dorm aku pulak kena basuh kereta dengan motor warden aku tu, kena kawad dan banyak lagi...termasuklah kena lecture sekali...aku dah lupa dah...tak silap aku malam tu kitorang tidur dekat pukul dua...budak-budak dorm aku bengang betul kat si N ni...dia yang buat bising kitorang pulak kena...dah lah time kitorang masuk dorm tu...dia tengah berdengkur...

keesokan harinya...si N tu takde budak blok aku tegur dia...kena pulau seminggu...baru lah dia nak mengaku kat warden kitorang...lepas mintak maaf dengan kitorang semua...apa lagi kitorang balas balik lah...kitorang suruh dia buat apa sahaja yang kitorang buat malam tu...tapi kena double...warden kitorang pulak sporting...dia let go je...so no problem lah...menyusahkan batch betul...

tapi lepas tu si N tu berubah sikit...tahulah dia ambik responsibility atas apa yang dia buat...baguslah tu...

aku tak rasa cerita ni kelakar...ikut suka korang lah apa pandangan korang pada cerita ni...tulah sedikit experience aku time aku sekolah menengah dulu...aku menulis cerita ni sekadar untuk berkongsi pengalaman dengan korang...

sekian..................................

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian1
Populariti247
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.