home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Kelakar Korner
 
Muka Depan Kelakar Korner | Hantar idea kreatif anda ke Kelakar Korner

ada sebuah cerita....4

by arialis on November 19, 1999 at 06:31:27:



ada sebuah cerita....4


cerita ni berlaku di sebuah kampung di satu ceruk muka bumi malaysia ini.cerita ni takde kaitan dengan yang hidup atau yang mati. sekiranya ada, tu kira cuma kebetulan aje...

alkisahnya ceritanya bermula pada suatu pagi yang hening dan damai...

ada seorang pakcik ni sedang berjalan menuju ke ladang getahnya. dia berjalan bersendirian sahaja, tak de yang mengikutnya. ladang getahnya itu terletak berhampiran sebuah bukit yang agak digeruni ramai kerana al-kisahnya bukit tu merupakan kediaman seorang gergasi yang sangat kuat dan gagah.

pakcik tu berjalanlah dengan tenangnya.sambil berjalan dia ni menyanyi sedikit.dia nyanyi lagu siti nurhaliza aku cinta padamu.maklumlah siti nurhaliza tengah top time tu...

sampai je kat ladangnya dia mula lah menoreh sampai habis ladangnya yang seluas 2 ekar itu. sementara menunggu untuk mengutip getahnya, dia duduklah berehat sambil memakan breakfast nya...

tengah makan breakfastnya itu, tiba-tiba pokok-pokok getah mula bergoyang dengan kuatnya.dia pun terkejut lalu menoleh ke sekelilingnya. dia mendongak ke atas dan dilihatnya seorang raksasa sedang berjalan ke perkampungannya.pokok-pokok bergoyang disebabkan tepisan angin-angin dari raksasa itu.melangkahlah raksasa itu dengan angkuhnya ke kawasan perkampungan itu...

disebabkan pakcik ini seorang bertanggungjawab, dia dengan cepatnya mengeluarkan jam tangannya lalu menghubungi sebuah kapal angkasa di planet zargus. lebih kurang 0.05 saat kemudian, pakcik itu sudah menjelma menjadi seorang ultraman...

ultraman ini dengan tangkasnya mengejarlah raksasa ini. pada waktu itu raksasa itu sudah berada di perkampungannya. salah satu tabiat buruk raksasa ini ialah ia suka makan rumah. salah satu keburukan rupa raksasa ini ialah ia ada hidung yang sangat besar.jadi, by the time ultraman sampai kat kampung itu, dah banyak rumah dah dimakan oleh raksasa itu..

ultraman ni mencabarlah raksasa ini supaya bertarung dengannya...gaduh punya gaduh, lama jugak lah diorang gaduh, sehinggakan ultraman kehabisan baterinya...

lalu dengan angkuhnya raksasa itu memberikan bateri energiser kepada ultraman dengan ucapan ' gunakanlah bateri energiser kerana ia lebih tahan lama dari bateri biasa'

pergaduhan semakin rancak kerana ultraman ada bateri baru dan raksasa itu semakin tak puas hati dengan ultraman kerana tak mengenang budinya memberikan bateri baru.so bertambahlah kemarahan raksasa itu...

disebabkan power ultraman semakin bertambah dan power raksasa semakin berkurang, akhirnya raksasa itu pun menjadi lembik. akhirnya dengan satu tendangan kencang ala sepakan kung-fu jacky chan, ultraman menjatuhkan raksasa itu. raksasa itu jatuh tersembam ke tanah...

ultraman dengan megahnya mengeluarkan sesuatu dari poketnya iaitu sebungkus mamee...'wahai hidung besar, jangan makan rumah, makan lah snek mamee'...

raksasa itu yang masih nyawa-nyawa ikan paus pun menjawab ' aku tak nak lah. aku lebih rela makan maggi. cepat dimasak, sedap dimakan...'

disebabkan raksasa itu membantah cakapnya, ultraman menjadi bengang. lalu dengan tak berperi-ultraman langsung ia mem-fire raksasa itu...
raksasa itu pun mati...kecian dia..tak sempat makan maggi...

sekian.....

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti1220
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).