by arialis on November 21, 1999 at 11:42:06:
ada sebuah cerita...6
ni bukanlah sebuah cerita...lebih merupakan satu lawak jenaka yang boleh digunakan untuk mengenakan member...
waktu aku sekolah menengah kat perak dulu, ada satu hari tu aku terdengarlah satu khabar berita yang sangat menakjubkan tentang seekor beruk yang berada di zoo taiping.kononnya beruk ni boleh bercakap dan mempunyai iq melebihi forrest gump (rujuk movie forrest gump kalau nak tahu berapa iq dia)
untuk memastikan bahawa sama ada berita tu betul ke tak, aku pun ajaklah sorang member aku ke zoo taiping tu. kitorang naik bas dari sekolah aku tu.
sampai je kat zoo taiping tu, ramailah orang tengah berkerumun kat area beruk tu dikurung.kitorang berasak-asaklah masuk sampailah depan beruk tu. aku dengan machonya tanyalah beruk tu...
woi beruk..sapa menang world cup 1998
jawab beruk tu...perancis
aku tanya lagi...woi beruk, kat mana letaknya gunung everest
jawab beruk tu...banjaran himalaya
kitorang dan spectator lain ter-impress lah dengan beruk ni...
aku bertanya lagi...woi beruk, kalau kau tere, binatang apa ada keris di kaki...
jawab beruk tu...ayam jantan lah...
last question aku...buah apa ada rambut...
member aku mencelah...apalah engkau bagi soalan kacang-kacang...mestilah jawapan dia rambutan kan...
aku jawab balik...woi aku tanya beruk ni, bukan tanya kau.kau nak jadi sekor lagi beruk yang boleh bercakap ke....
sungguh kesian member aku itu...