home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Kelakar Korner
 
Muka Depan Kelakar Korner | Hantar idea kreatif anda ke Kelakar Korner

Buah Kekabu Kering

by Aji Kotekawa on November 25, 1999 at 17:30:37:



Buah Kekabu Kering


Semalam aku pandu kereter masuk kampung, pasal ader kerjer kat luar. Aku bawak kereta tak ler laju, pelan-pelan ajer. Bila sampai kat satu selekoh, aku terdengar bunyi.. prag!..prag!..prag!. Aku jadi suspen ler, jadi aku stop kat tepi jalan. Aku belek kat tayar, tak der amender. Aku tinjau-tinjau kat atas jalan, ternampaklah aku akan beberapa biji buah kekabu kering yang aku dah langgar. Oh! barulah aku terperasan rupernyer kat situ ada ler sepohon pokok kekabu tuer. Kemudian , aku tersenyum sendiri dan aku pun meneruskan perjalanan. Kau orang semuer tau tak kenaper aku tersenyum sendiri! Buah kekabu kering tu telah mengingatkan aku satu nostalgia iaitu suatu peristiwa yang tak mungkin aku dapat lupakan. Aku pernahlah duduk serumah dengan 3 lagi kekawan. Seorang tu, India. Tapi dia memang fasih melayu. Adat resam melayu pun banyak yang dia tau, setakat menjawab salam dan beri salam ni, telahlah. Dah lamer bersahabat ni, kami pun ngajaklah dia bersunat. Dari segi kesihatan ia bagus, walau pun tak masuk melayu, sunat ni digalakkan. Dah berbulan memujuk, dan dia pun ada terbacer artikel mengenai sunat ni, dia pun bersetujulah. Lantas aku pun buatlah appointment dengan doktor, member aku gak kat klinik dia (swasta). Semasa hari nak sunat tu, dier nampak biase jer, seronok. Tapi bila doktor panggil masuk bilik, muka dier pucat. Lepas tu, dier lari keluar, Dia kater' Eh Tak yah lah! Jadik aku tanyer dier, naper? Dok lamer menung, dier pun bagi taulah, Rupernyer dier malu kat doktor perempuan.. Ah! Awat hang tak cakap.. Aku pun pegang tangan dier masuk balik. Aku pun bersembanglah sikit ngan doktor tu. Doktor tu pun setuju gi ke tempat lain (bilik sebelah ). Lantas aku pun panggillah dua kawan aku lagi tu tolong pegang. Nampaknyer aku sendiri terpakser lakukan. Alhamdullillah, aku berjaya sempurnakan dengan jayernyer. ...Daripada peristiwa tu, ader duer perkarer yang aku tak leh luper. Pertamernyer, itulah pertama kali aku menyunatkan orang, dan yang keduernyer... Ayo yo Mak Datuk... Macam buah....(Tak leh bagi taulah rahsia ni yang aku simpan sampai sekarang)... Hi..hi...

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti1360
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).