by abg su on December 17, 1999 at 08:31:51:
Bulu Ayam
jeng..jeng ...jeng abg datang lagi..
Kejadian ini aku rasa berlaku masa aku
tingkatan 3 .Satu ari yg ceria(cewah)
Cikgu Bahasa Melayu aku masuk kelas
pertama.Dia berkata"Semua murid sila
hantar buku latihan yang cikgu bagi
semalam".Aku dan yg lain2 pun antar buku
tersebut kat depan .Selepas semua duduk
cikgu pun mengira buku itu (takut ade yg
tak antar."Ni sapa sorang lagi tak antar
buku ni?,cepat mengaku...nak cikgu 'check'
satu persatu ke?"
Tiba2 sorang mamat ni angkat tangan .
"Saya cikgu".
"Kenapa tak antar?"
".tak siap lagi cikgu"
"oooo...tak siap .baik, ..pergi pinjam 'Bulu Ayam'
kat kelas sebelah "
Aku tengok cikgu tengah marah kat dia.Sipa lah kau
kena rotan.Mamat ni pun keluar dan pergi kat
kelas sebelah..masa tu aku duduk kat belakang sekali
so aku tahu le butir ape dia cakap .
Satu kelas semua senyap (takut)
Mamat tu berkata kat kelas sebelah
"Assalammulaikum Cikgu ,saya nak
pinjam Bulu Ayam"
Cikgu sebelah tu berkata"Bulu Ayam takde ,
cuba cari kat reban ayam."
Tiba2 semua kelas gelak..tapi kelas aku cuma senyum2 je .
Aku nampak Mamat tu bawak jugak bulu ayam tu(mungkin cikgu sebelah
bagi kot(saja nak mengusik)aku tengok mukanya merah padam.
CIkgu BM aku pun merotan le sedas kat tangannya sekali.
Yang pelik tu sempat dia gelak masa dia
merotan.hemmmm apa lagi tetiba je semua
kelas aku gelak ...peh malu gila ari tu .
shr14@hotmail.com
kepada kengkawan yg antar cerita seks..insaflah..ini kan bulan puasa.takde pekdahnya