|
Resepi Masakan @ Wanita
Muka Depan Resepi Masakan @ Wanita |
Hantar idea kreatif anda ke
Resepi Masakan @ Wanita
sup sayur istimewa by siti maslinda bte mohd sodek on November 27, 2000 at 17:40:06:
sup sayur istimewa
Daging ayam dipotong kecil-kecil banyaknya segenggam saja. Mayangkan lada besar 1 batang (warna merah tak mahu yang hijau tak ada seri),tumbukkan pulak bawang kecil 1 biji bersama bawang putih 1 biji dan halia 1/3 inci tumbukkan sampai lumat. Kemudian sayur sawi dipotong mengikut selera anda jangan lupa batang sayur sawi pun masak sama tapi asingkan dari daunnya. Putik jagung dipotong serong. Cara-caranya ialah panaskan minyak tumiskan bahan-bahan tumbuk tadi bila dah nampak kuning dan seakan-akan nak garing masukkan pulak daging ayam yang dipotong kecil gaulkan rata-rata lepas 3 minit masukkan air untuk dijadikan kuah ikutlah banyak mana kuah yang anda nak. Bila dah sebati semua ramuan tadi masukkan pulak putik jagung, batang sawi,lada yang di mayang, sedikit garam, perasa ajinomoto dan serbuk ikan bilis. Akhir sekali masukkan pulak sayur sawi tadi masakkan diatas api yang serdahana.
Statistik Kandungan
|
|