We are Customer too, just like You (-:
Get Credit Cash Back at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Learn_Internet My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Resepi Masakan @ Wanita
 
Muka Depan Resepi Masakan @ Wanita | Hantar idea kreatif anda ke Resepi Masakan @ Wanita

ayam masak merah ala johor

by siti maslinda bte mohd sodek on November 27, 2000 at 18:26:41:



ayam masak merah ala johor


1 ekor ayam (cara potong ikutlah selera anda)
Bahan-bahan kisar :-
Cili kering 20 batang
Bawang kecil 5 biji
Bawang putih 3 biji
Bawang besar 1 biji
Halia 1 inci
Lengkuas 1/3 inci
2 batang serai
2 sudu serbuk belacan
2 sudu minyak masak

1 tin susu cair ideal
Sedikit minyak untuk menumis
2 biji tomato
3 sudu kacang peas
1 biji bawang besar potong bulat

Cara-cara :-

Ayam yang siap dipotong tadi hendaklah digoreng bersama sedikit kunyit dan garam jangan sampai garing sangat. Lepas tu panaskan sedikit minyak dan tumiskan pulak bahan-bahan yang dikisar tadi, bila dah nampak kuning dan dah naik baunya masukkan susu cair gaulkan rata-rata tunggu lebih kurang 3 minit bila ramuan tadi sebati masukkan ayam yang digoreng gaulkan lagi rata-rata biarkan ayam tadi mereneh diatas api yang serdahana. Kepekatan dan banyaknya kuah ikutlah selera anda. Masukkan sedikit garam,perasa dan sedikit gula. Bila dah cukup masak padamkan api masukkan pula buah tomato yang dipotong empat dan bawang besar yang dipotong bulat. Angkat dan hiaskan bersama-sama daun salad dan kacang peas tadi.



Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian6.67
Populariti702
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.