home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Resepi Masakan @ Wanita
 
Muka Depan Resepi Masakan @ Wanita | Hantar idea kreatif anda ke Resepi Masakan @ Wanita

nasi pandan istimewa

by siti maslinda bte mohd sodek on November 27, 2000 at 20:00:59:



nasi pandan istimewa


3 cawan beras
Santan dari 1 biji kelapa
1/2 cawan air daun pandan
Bahan-bahan tumbuk :-
2 biji bawang kecil
1 biji bawang putih
Halia 1/3 mayang halus-halus
1 batang serai potong kecil-kecil
3 sudu minyak untuk menumis
sedikit garam

Cara-caranya :-

Panaskan minyak dalam periok dan tumiskan bahan-bahan tumbuk tadi bila dah kuning dan dah naik baunya masukkan pulak beras. Kacau rata-rata bila dah sebati ramuannya masukkan air daun pandan kacau lagi lepas 3 minit masukkan pulak santan kelapa tadi masaklah macam nasi biasa, kalau nak senang terus masak dalam rice cooker tak payah nak tukar-tukar periok. Bila nasi dah masak boleh le hidangkan dengan rendang daging tumbuk saya bersama telur rebus, sedikit kacang tanah dan sambal tumis ikan bilis.


Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian0
Populariti2400
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).