We are Customer too, just like You (-:
Get Credit Cash Back at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Learn_Internet My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Resepi Masakan @ Wanita
 
Muka Depan Resepi Masakan @ Wanita | Hantar idea kreatif anda ke Resepi Masakan @ Wanita

makaroni istimewa

by siti maslinda bte mohd sodek on November 30, 2000 at 19:27:53:



makaroni istimewa


1 Bungkus makaroni
Segenggam isi udang
Segenggam isi ayam
Segenggam irisan daging
2 batang daun bawang dipotong kecil
2 batang lada besar dimayang
lobak merak dipotong ikut suka
Sedikit kobis bunga
2 sudu bawang goreng
2-3 biji limau kasturi dibelah dua
Sedikit cili boh/cili kisar sendiri
Bahan-bahan tumbuk :-
2 biji bawang kecil
1 biji bawang putih
Serbuk ikan bilis

Cara-caranya :

Rebuskan makaroni, masa merebus tu masukkan sedikit planta dalam 2 sudu kecil untuk menyedapkan lagi dan supaya tidak melekat. Tumiskan pulak bahan tumbuk tadi bersama cili boh,bila dah kekuningan dan naik baunya masukkan isi ayam,udang dan daging gaul rata masukkan juga sedikit air supaya ramuan itu tidak kering. Lepas 3 minit masukkan lobak merah, kobis bunga dan makaroni gaul rata-rata jangan lupa masukkam sedikit garam dan perasa bila dah masak tu bolehle dihidangkan makaroni dengan taburan daun bawang,bawang goreng, lada besar yang dimayang,hirisan telur dan beberapa biji limau kasturi. Selamat mencuba.

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti987
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.