home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Resepi Masakan @ Wanita
 
Muka Depan Resepi Masakan @ Wanita | Hantar idea kreatif anda ke Resepi Masakan @ Wanita

tauhu sumbat sedap

by siti maslinda bte mohd sodek on November 30, 2000 at 23:47:55:



tauhu sumbat sedap


Beberapa keping tauhu
Lobak merah dimayang halus
Mentimun dimayang halus
Sedikit Taugeh
Sengkuang dimayang halus
Sedikit kacang tanah digoreng tanpa minyak kemudian tumbuk
Sedikit asam jawa
Sedikit gula
Sedikit garam
Sedikit perasa
Sedikit minyak
Bahan Tumbuk :
5-10 biji cili padi
3 biji bawang kecil
1 biji bawang putih

Cara-caranya :
Goreng tauhu sekeping-sekeping didalam minyak penuh dan cukup panas bila dah habis mengoreng tu sejukkan sekejap dan bolehlah dibelah dua. Bahan-bahan tumbuk tadi tu....tumbuk lumat-lumat tau lepas tu campurkan dengan air asam jawa jangan pekat sangat ala kadar je, pakai air masak. Gaul rata-rata campurkan pulak kacang tanah yang siap ditumbuk atau diblender jangan halus sangat biar ada terasa kacang bila dikunyah nanti campurkan pulak sedikit gula,garam dan perasa kepekatan kuah tu ikut citarasa andalah. Bahan yang dimayang tu sumbat-sumbatkan kedalam tauhu yang dibelah dua.


Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian0
Populariti3394
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).