home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Resepi Masakan @ Wanita
 
Muka Depan Resepi Masakan @ Wanita | Hantar idea kreatif anda ke Resepi Masakan @ Wanita

Kek Pisang

by Khatijah Binti Ismail on December 04, 2000 at 14:23:41:



Kek Pisang


2 cawan tepung gandum
1.1/2 cawan minyak masak
1.1/2 cawan gula pasir
2 cawan pisang emas yang dihiris nipis.
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar baking soda
8 biji telur ayam

Cara-cara membuatnya:
Pisang dicampur dengan minyak dan gula, kemudian masukkan dalam blender dan kisar halus. Tuangkan dalam mangkuk adunan. Kemudian blender telur pula hingga hancur.
Campurkan telur tersebut kedalam adunan
pisang tadi. Kemudian gunakan pengadun
kek dan pukul hingga sebati, masukkan
tepung yang telah diayak dengan baking soda dan garam. Kacau hingga rata.

Sapukan loyang pembakar dengan mentega, kemudian masukkan adunan tadi. Bakar dengan api yang perlahan selama lebeh kurang 50 minit-60 minit.

Nota: Kek ini lebeh baik dibakar dalam loyang yang berlubang ditengah (loyang kuih bakar) Lihatlah hasilnya.




Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian0
Populariti3411
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).