Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Resepi Masakan @ Wanita
 
Muka Depan Resepi Masakan @ Wanita | Hantar idea kreatif anda ke Resepi Masakan @ Wanita

Rendang Tok fresh from Perak

by Airiza Norman on December 04, 2000 at 17:24:51:



Rendang Tok fresh from Perak


Rendang Tok (Perak)
Bahan2 nya :
1 kg daging batang pinang dipotong menjadi 12 ketul
3 biji kelapa parut, 1 biji dibuat kerisik.
3 sm halia
2 sm lengkuas - dikisar hingga halus.
3 batang serai dimesin
30 sen cili kering
300 gm bawang merah
4 ulas bawang putih
2 kuntum bunga lawang
2 sm kulit kayu manis
2 paket jintan putih (sepaket 30 sen)-digoreng tampa minyak.
1 paket jintan manis (sepaket 30 sen)-ditumbuk hingga halus
Sedikit isi kelapa yang dipotong kecil2 memanjang -digoreng kemudian ditoskan.
Sekeping gula melaka kecil.
Garam secukup rasa.

Cara membuatnya.
1.Daging dibasuh dan toskan sehingga kering. Ambil santan kelapa sebanyak dua mangkuk besar.
2.Panaskan kuali tumiskan kesemua bahan2 yang telah dikisar sehingga naik bau.
3.Kemudian masukan santan, kulit kayu manis, bunga lawang dan kelapa yang telah dipotong kecil
besama daging. Biarkan mendidih.
4.Masukan gula melaka, garam secukup rasa, tunggu sehingga kuahnya pekat, baru
masukkan kerisik.
5.Biarkan bahan tesebut sebati dan kering.
6.Akhir sekali masukan jintan manis dan jintan putih.
7.Setelah semuanya siap, rendang bolehlah dihidangkan, dan dihias dengan daun salat
dan cabai masak.



Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian8.11
Populariti1629
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.