We are Customer too, just like You (-:
Get Credit Cash Back at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Learn_Internet My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Resepi Masakan @ Wanita
 
Muka Depan Resepi Masakan @ Wanita | Hantar idea kreatif anda ke Resepi Masakan @ Wanita

LAKSA PENANG

by Kaymalik Ismail on January 16, 2001 at 01:56:46:



LAKSA PENANG


Bahan asas:
5 ekor ikan kembong (serdahana)
10 biji bawang merah (kecil)
6 biji cili merah
5 biji cili api
3 kuntum bunga Kantan
Seikat daun Kesom
Sekeping belacan
4 keping asam keping
garam secukup rasa

Hiasan:
(Di racik halus)
3 biji telur - di rebus
Cili merah & cili api
2 biji bawang merah (besar)
Sekuntum bunga Kantan
Sebiji timun

Cara-cara:
Ikan dibersih dan di rebus bersama 3 biji bawang merah, 2 keping asam dan garam secukup rasa selama 15 minit.

Ikan ditos dan disejukkan. Kisar cili merah, cili api, bawang dan juga belacan. Masukkan kesemua bahan yg telah dikisar kedalam periuk (bersama air rebusan ikan). Asingkan isi ikan dari tulangnya. Kisar isi ikan dan masukkan semua kedalam periuk.

Masukkan bunga kantan yang telah dibasuh dan di belah dua. Masukkan juga daun kesom. Tambah 3 keping lagi asam, dan garam secukup rasa. Api serdahana.

Rendam/celur mee Laksa. Toskan. Hiaskan bersama bahan-bahan yang telah diracik. Dan hidangkan ketika masih panas.

SELAMAT MENCUBA.


Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti740
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.