We are Customer too, just like You (-:
Get Credit Cash Back at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Learn_Internet My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Resepi Masakan @ Wanita
 
Muka Depan Resepi Masakan @ Wanita | Hantar idea kreatif anda ke Resepi Masakan @ Wanita

Nasi Ulam & Sayur Keladi

by Ina on April 25, 2001 at 11:21:59:



Nasi Ulam & Sayur Keladi


Bahan2 utk nasi ulam:

3 mangkuk nasi panas
1 keping ikan tenggiri masin (dipanggang dan dileraikan isinya)
2 ulas bawang merah (dihiris)
Ulam2 (dihiris):
daun kaduk
daun kunyit
daun pegaga
cekur
ulam raja dll
Bahan2 tumbuk:
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai
2 sudu besar lada hitam

Cara2 membuatnya:

Gaulkan nasi bersama semua bahan2 di atas. Sedia untuk dihidangkan bersama sayur keladi.

Bahan2 utk sayur keladi:

1 ikat keladi (disiat kulit luarnya dan direbus hingga empuk)
1 cawan kecil udang / ikan bilis
2 sudu besar lada hitam (tumbuk)
3 keping asam gelugur
2 ulas bawang merah (tumbuk)
3 cawan air
garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara2:

Masukkan semua bahan2 di atas ke dalam periuk, jerangkan di atas api sehingga mendidih. Masukkan garam dan serbuk perasa. Siap untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba...



Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian7
Populariti542
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.