home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Resepi Masakan @ Wanita
 
Muka Depan Resepi Masakan @ Wanita | Hantar idea kreatif anda ke Resepi Masakan @ Wanita

Pek pok Batu kikir(Badak berendam)

by azman on July 20, 2001 at 08:27:29:



Pek pok Batu kikir(Badak berendam)


Bahan-bahannya:

500gm tepung pulut
3 cawan santan
4-5 helai daun pandan (dikisar bersama santan)

1 sudu kecil garam
2 cawan pati santan

Bahan untuk intinya:
1 biji kelapa muda
1 1/2 keping gula anau(gula kabung)
2 helai daun pandan
Secawan air.

Cara-cara membuatnya:
Masukkan tepung pulut kedalam mangkuk & tambahkan sedikit demi sedikit santanyg bercampur daun pandan & dicampur garam, sambil itu uli hingga sebati. Jika adunan tadi masih berderai tambahkan santan hingga ia menjadi seperti doh membuat onde-onde. Kemudian doh tadi dibulat-bulatkan kecil & dimasukkan inti. Susunkan ia kedalam loyang & masukkan pati santan yang bercampur sedikit garam. Kukus selama 15 minit.

Cara membuat inti:
Kelapa muda diparut & dimasukkan kedalam kuali bersama-sama gula anau, sedikit air dan daun pandan. Masakkan ia sehingga kering dan berkilat.

* Pastikan gula anau(kabung) digunakan & bukannya gula melaka. Untuk mendapatkan gula anau ini, ianya banyak terdapat di N.Sembilan.

SELAMAT MENCUBA... SEKALI CUBA PASTI NAK 2 KALI CUBA.


Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti2271
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).