home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Resepi Masakan @ Wanita
 
Muka Depan Resepi Masakan @ Wanita | Hantar idea kreatif anda ke Resepi Masakan @ Wanita

Sayur Keladi Masak Tempoyak

by Azman on August 06, 2001 at 08:16:26:



Sayur Keladi Masak Tempoyak


Bahan-bahannya:
5 batang keladi berserta isinya
5 sudu besar tempoyak
segenggam cili padi
1 biji kelapa parut(diambil santannya)
segenggam ikan bilis
1 keping asam keping
garam secukup rasa
kunyit sebesar ibu jari

Cara-cara membuatnya:
Tumbuk kunyit bersama cili padi hingga lumat.Jangan lupa batang keladi disiang dan dipotong memanjang.Selepas itu,batang keladi dan isinya direbus untuk menhilangkan gatalnya.Apabila telah empuk buang airnya.Masukkan santan kedalam periuk bersama cili padi yang ditumbuk tadi.Masak dengan api yang sederhana.Masukkan keladi dan isinya yang telah ditoskan airnya.Jangan lupa masukkan juga garam,asam keping,ikan bilis dan tempoyak.Masakkan ia hingga masak dan empuk.

Sayur keladi masak tempoyak ini sedap dimakan bersama sambal gesek.EEmmmm hingga menjilat jari.Selamat mencuba resepi terbaru dari saya.



Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian0
Populariti4000
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).