We are Customer too, just like You (-:
Get Credit Cash Back at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Learn_Internet My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Resepi Masakan @ Wanita
 
Muka Depan Resepi Masakan @ Wanita | Hantar idea kreatif anda ke Resepi Masakan @ Wanita

Kambing Masala

by Abd Aziz Abdullah on August 31, 2001 at 11:33:26:



Kambing Masala


Bahan-Bahannya:

1 kilo daging kambing
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
2 inci kulit kayu manis
1 biji buah tomato
15 sen daun bawang
20 sen daun sop
1/2 tahil cili kering
sedikit ketumbar, halia dan garam secukupnya.
sedikit minyak sapi untuk menumis.

Cara Menyedia dan Memasaknya:

1. Potong daging kira-kira 1 1/2 inci
ataupun ikut suka dan bersihkan.
2. Rebus daging tersebut supaya lembut
dan empuk.
3. Giling bahan-bahan termasuk bawang putih, bawang merah, cili kering, jintan manis, jintan putih, kulit kayu
manis, ketumbar, halia dan garam secukupnya.
4. Panaskan minyak sapi dalam kuali, bila sudah panas tumiskan bahan-bahan yang sudah digiling tadi hingga wangi.
5. Masukkan daging yang telah direbus tadi dan sedikit air rebusannya.
6. Biarkan kuah itu mendidih dan kering sedikit.
7. Hidangkan ketika masih panas dan hiaslah kuah tersebut dengan tomato yang sudah dihiris, daun bawang dan daun sup.
Selamat Mencuba.

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti548
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.