home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Resepi Masakan @ Wanita
 
Muka Depan Resepi Masakan @ Wanita | Hantar idea kreatif anda ke Resepi Masakan @ Wanita

Kek Lapis Cream Cheese

by miza on September 26, 2001 at 07:27:27:



Kek Lapis Cream Cheese


BAHAN-BAHANNYA:

12 OZ - Tepung spounge mix - Perasa Vanilla
atau tepung Optima

2 oz - Air Sejuk
5 biji - Telur
6 oz - Mentega

UNTUK CREAMNYA:

750 gm Susu Segar atau Susu Cair
180 gm Cream Cheese atau 250 gm
1/2 bungkus Cheese-diparut
80 gm Tepung Jagung
70 gm Gula Halus

CARA-CARA MENYEDIAKANYA:

1. Kuning dan putih telur disatukan ke dalam satu bekas.
Masukkan Air Sejuk, Tepung Spounge Mix dan diputar hingga Pekat.

2. Kacau Mentega hingga cair sedikit setelah itu masukkan ke dalam
adunan telur tadi dan dikacau perlahan-lahan.

3. Adunan dibahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dimasukkan ke
dalam acuan berukuran 10x10x1 atau 12x12x1 diratakan
dipermukaannya. Bakar adunan itu selama 20 minit dalam kepanasan
180 darjah. (BIARKAN SEJUK DAHULU).

UNTUK MEMBUAT CREAMNYA:

1.Bancuh Tepung Jagung dengan sedikit susu supaya tidak berbiji-biji
atau bergentel.

2.Masukkan bancuhan tepung jagung tadi ke dalam periuk dan lebihan susu
segar tadi kedalamnya bersama gula halus. Dikacau-kacau hingga rata.

3.Masak diatas api hingga pekat sambil dikacau-kacau selalu masukkan
cream cheese dan dikacau lagi hingga rata, biarkan sebentar.

Keluarkan sebahagian kek yang dibakar tadi dari acuan disapukan diatas permukaannya dengan cream yang telah dimasak tadi hingga rata.

Ambil sebahagian lagi kek tadi dan disimpan diatas permukaannya juga disapukan dengan cream tadi. Setelah itu ditaburkan diatasnya dengan parutan cheese.




Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian0
Populariti3866
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).