We are Customer too, just like You (-:
Get Credit Cash Back at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Learn_Internet My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Resepi Masakan @ Wanita
 
Muka Depan Resepi Masakan @ Wanita | Hantar idea kreatif anda ke Resepi Masakan @ Wanita

Kek Batik

by MUSIDAH84 on October 16, 2001 at 07:10:45:



Kek Batik


Bahan-bahanya:
1. 300 gm biskut Mary
2. 220 gm mentega
3. 4 biji telur 1/2 tin susu pekat
4. 1 gelas gula
5. 1 gelas Nestume kasar
6. 11/2 gelas susu cair
7. 1 sudu teh esen vanila
8. 1 bungkus cooking chocolate
9. 1 cawan biji gajus

Cara membuatnya:
1. Pukul mentega dengan gula sampai
kembang. Masukkan telur satu persatu
sambil dikacau hingga rata.
2. Cooking Chocolate dimasak dengan
susu cair hingga hancur. Angkat dan
sejukkan sebentar. Masukkan Nestum
dan susu pekat ke dalamnya sambil
dikacau hingga rata. Setelah rata
masukkan ke dalam adunan mentega
bersama esen vanila serta biji
gajus yang ditumbukkan sedikit.
3. Masakkan semua adunan ini di dalam
periuk sehingga pekat. Setelah itu
patah patahkan empat biskut Mary dan
masukkan ke dalam adunan tadi sambil
dikacau hingga rata. Bila biskut
tadi cukup lembut angkatkan adunan
ini dan tuangkan ke dalam loyang
kemudian di sejukkan di dalam peti
sejuk.

Bahan utk Lapisan Atas:
1. 1 bungkus agar agar Swallow (putih)
2. 150 gm pati santan
3. 150 gm gula
4. 50 gm tepung jagung

Cara-cara:
1. Bancuhkan tepung jagung dengan 50 gm pati santan hingga sebati. Masakkan agar agar bersama 100 gm pati santan dan gula sehingga hancur. Setelah hancur tuangkan bancuhan tepung jagung ke dalamnya sambil dikacau hingga cukup rata.

2. Bila telah masak bolehlah diangkat dan jika mahu boleh diwarnakan. Setelah itu tuangkan adunan ini ke atas loyang adunan chocolate tadi kemudian taburkan dengan sedikit biji gajus serta kelapa parut di atasnya dan sejukkan semula di dalam peti sejuk sehingga cukup keras.


Kek Buah kukus
Bahan-bahan
1. 1 kati tepung gandum
2. 8 oz gula halus
3. 5 biji telur
4. 16 oz mentega
5. 16 oz kismis hitam
6. 4oz halwa limau
7. 2 sudu the esen limau
8. 4 sudu the cream of tartar
9. 2 sudu the bicarbonate of soda
10. ½ biji buah pala diparut
11. 2 cawan gula pasir hangus
Cara membuatnya :
1. Pukul mentega bersama gula halus sampai kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga kembang.
3. Kemudian masukkan tepung yang sudah dicampur cream of tartar, bicarbonate of soda, buah pala yang sudah diparut, kismis hitam, kulit limau dan dikacau rata-rata.Lepas itu masukkan esen limau.
4. Gula pasir dihanguskan tetapi jangan terlalu hitam, lalu dituangkan ke dalam ramuan tadi sambil dikacau dengan pantasnya.
5. Kemudian tuangkan adunan ke dalam acuan yang sudah disapu mentega.
6. Kukus selama 4 jam, baru diangkat.

*nota : Jika mahu menambah air kukusan , hendaklah ditambah dengan air panas.


Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian1.5
Populariti2384
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.