We are Customer too, just like You (-:
Get Credit Cash Back at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Learn_Internet My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Resepi Masakan @ Wanita
 
Muka Depan Resepi Masakan @ Wanita | Hantar idea kreatif anda ke Resepi Masakan @ Wanita

Tempoyak Masak Asam Pedas Istimewa

by MUSIDAH_84 on October 29, 2001 at 04:00:14:



Tempoyak Masak Asam Pedas Istimewa


Bahan-bahannya:-
- 3 ekor ikan cencaru bsr di potong dua
- 15 tangkai cili kering
- 4 ulas bawang kecil
- 2 ulas bawang putih
- 3 batang serai diketuk
- 1 lembar daun kunyit disiat & disimpul
- 5 sudu besar tempoyak
- halia sebesar ibu jari
- kunyit hidup sebesar jari hantu
- garam dan aji secukup rasa
- sedikit belacan
- 4 cawan air sejuk

Cara Menyediakannya:-

1. Cili kering, bawang putih dan merah, halia, kunyit dan belacan dikisar tapi jgn sampai lumat.

2. Panaskan periuk, masukkan bahan yg tlh dikisar dan tumis sehingga pecah minyak dan berbau wangi. Masukkan serai yang telah diketuk. Kacau hingga sebati dan harum.

3. Masukkan air sejuk kacau lagi sehingga gelegak masukkan tempoyak, ikan dan daun kunyit, garam serta aji. Kacau hingga sebati dan rasa.

4. Biarkan lauk menggelegak dan pekat sedikit barulah dipadam apinya.



Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian5.5
Populariti696
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.