Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Resepi Masakan @ Wanita
 
Muka Depan Resepi Masakan @ Wanita | Hantar idea kreatif anda ke Resepi Masakan @ Wanita

ayam masak merah special

by Ayantie on October 29, 2001 at 04:24:44:



ayam masak merah special


(Hidangan untuk 6 orang)

Bahan:

1 ekor ayam
(dibersih dan dipotong)
2 keping gula melaka saiz kecil
4 sudu besar cili giling
6 sudu besar minyak masak
4 sudu besar sos cili maggi
2 sudu besar sos tiram maggi
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk perasa
1 1/2 cawan air

Bahan untuk dikisar:

10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan untuk hiasan:

2 biji tomato
1 biji cabai hijau
4 sudu besar bawang goreng
sedikit daun bawang yang dimayang

Cara membuatnya:

1.Panaskan minyak dalam kuali dengan api yang sederhana.Bila minyak dah panas,tumiskan bahan yang dikisar tadi sehingga kekuningan dan masukkan clili giling.Tumis sehingga naik bau.
2.Bila bahan yang ditumiskan tadi garing,masukkan ayam kacau sehingga sebati dengan biarkan seketika.
3.Masukkan air apabila ayam tadi sudah mesra dengan ramuan tadi.Kemudian masukkan garam,serbuk perasa dan gula melaka.
4.Biarkan ia mendidih dengan api yang sederhana besar dan barulah masukkan sos tiram serta sos cili.
5.Biarkan ayam tersebut masak sehingga kuahnya hampir pekat.Barulah masukkan cili dan tomato.
6.Kacau sehingga masak dan kuahnya pekat.Setelah masak masukkan kedalam mangkuk dan taburkan bawang goreng beserta dengan daun bawang goreng.

Hidangan ini enak dimakan bersama dengan nasi ataupun roti canai telur.

*E-mailkan kepada saya atiena_5562@hotmail.com untuk belajar atau berkongsi resepi masakan dari Terengganu.

Selamat mencuba,semoga anda berpuas hati dengan resepi ringkas dari saya.

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian5.29
Populariti2679
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.