We are Customer too, just like You (-:
Get Credit Cash Back at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Learn_Internet My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Resepi Masakan @ Wanita
 
Muka Depan Resepi Masakan @ Wanita | Hantar idea kreatif anda ke Resepi Masakan @ Wanita

kari ikan stail mamak

by intan on November 30, 2001 at 10:17:53:



kari ikan stail mamak


Bahan-bahannya:

2 ekor ikan bawal(sedang)
3 sudu besar cili kering yang telah diblend
2 biji mangga muda
1 biji tomato
5 biji bendi
2 tangkai daun kari
5 ulas bawang merah(ditumbuk)
2 ulas bawang putih(ditumbuk)
2 bungkus serbuk kari ikan(burung nuri)
semangkuk air asam jawa dan digaul dengan sedikit belacan
garam secukup rasa

cara-caranya:
Panaskan periuk dan tuangkan sedikit minyak untuk menumis.

Bila minyak telah panas, masukkan daun kari, bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk, setelah naik baunya masukkan 3 sudu besar cili kering, kacau dan biarkan sehingga terbit minyak.

Masukkan serbuk kari, kemudian masukkan air asam jawa mengikut suka (jika suka kuah yang banyak masukkan lebih sedikit air asam) dan juga mangga. Setelah mendidih masukkan ikan dan bendi serta garam. Biarkan seketika sehingga ikan masak, selepas itu bolehlah ditutupkan api dan akhir sekali masukkan tomato yang dibelah 4. Bolehlah dihidangkan bersama nasi panas @ roti canai @ roti biasa.

Sedap oooooooooooooooo!

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti1012
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.