by Zai on November 30, 2001 at 10:28:03:
bubur lambuk pahang
bahan-bahan :
1.5 cawan beras
4-5 cawan air (utk memasak beras jadi bubur)
3 ekor ikan kembung
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
setengah inci halia
sejemput lada hitam (boleh ditambah jika suka pedas)
jintan ( manis & putih)*
halba *
ketumbar *
segenggam daun pucuk paku merah
Garam secukup rasa
Cara membuatnya :
Rebus ikan dengan air bersama 2 asam keping dan sedikit garam sehingga lembut. Kemudian diasingkan isi dan tulangnya. Isinya kemudian ditumbuk lumat.
Goreng jintan + ketumbar tanpa minyak sehingga garing dan kemudian kisarkan bahan tersebut bersama bawang merah + bawang putih + halia + lada hitam.
Masukkan beras yang telah dibersihkan ke dalam periuk bersama air dan jerangkan di atas api (kalau nak senang guna jer periuk letrik). Tunggu sehingga mendidih kemudian masukkan bahan-bahan kisar.Setelah beras menjadi bubur iaitu lebih kurang 45 minit masukkan pula halba,isi ikan diikuti pula pucuk paku merah.Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Tunggu sehingga pucuk paku benar-benar masak kemudian boleh ditutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Cadangan: Hidangan untuk 5-6 orang makan dan enak dimakan ketika bubur tersebut masih panas.