by Salmi on December 12, 2001 at 08:49:27:
Triple Truffle cake
Bahan-bahannya:
1 biji kek coklat
Bahan 'Glaze'
250 gram coklat masakan
125 ml krim
165 gm gula
Truffles(Bebola Coklat)
300 gram serbuk coklat
3 sudu besar krim
2 sudu besar jem(mengikut ciatarsa anda)
60 garm menteag tanpa garam
300 gram susu atau coklat masakan
150 garm coklat masakan setiap satu(hitam dan putih)
24 gram daun emas sebagai hiasan
Cara membuatnya:
1.Potong permukaan kek agar ia rata.Letakkan kek di atas jaring bagi membolehkan coklat turun.Untuk membuat 'glaze'(lapisan coklat), masukkan masakan,krim dan gula didalam periuk.Kacau di atas api yang perlahan sehingga ia lembut dan sebati.Kemudian didihkan ia,perlahankan api dan biarkan ia seketika 4-5 minit.
2.Tuangkan coklat tadi diatas kek dan ratakan diatas dan sekelilingnya.
3.Untuk membuat bebola coklat pula,campurkan serbuk kek,jem,krim dan mentega.Kacau sehingga ia sebati.Sejukkan 20-30 minit.Setelah itu bentukkan bebola.
4.Sementara itu,letakkan kertas pembakar diatas dulang.Pada masa yang sama cairkan coklat masakan hitam dan putih serta susu secara berasingan.Setelah cair,angkat dan letakkan mangkuk coklat tadi dalam air tetapi pastikan air tidak masuk kedalamnya.Gunakan alat khas untuk mencelup bebola ke 1/3 dalam coklat hitam.1/3 lagi dalam coklat putih dan bakinya daalm susu.
5.Sapukan sedikit putih telur diatas bebola coklat(hitam sahaja)yang telah dicelup tadi.Kemudian letakkan sedikit daun emas di atasnya.Susunkan semua beboal ini diatas kek.