Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Aku Hanya....

by zawary on January 19, 19100 at 17:55:03:



Aku Hanya....


 
kalau hari ini
aku masih bernafas
aku masih mampu berdiri
aku percaya
Dia masih menyayangi diri ini

kalau esok
nafas aku terhenti
detik usia terbungkus
dalam bisunya kain putih
aku tahu
ketentuan diri ditetapkan
menemuiNya dengan
dosa dan pahala
sepanjang usia kurniaanNya

tapi hari ini
aku masih disini
bernafas
berdiri dan tersenyum
masih mampu merasai
enaknya teh tarik dan juga roti canai banjir
aku bersyukur
walau kadangkala aku lupa
aku engkar
aku malas
mengucap kesyukuran terhadapNya
aku tahu
aku sedar
tapi aku hanya seorang manusia
dikelilingi duniawi

berikan kekuatan
menempa keimanan lebih teguh
dan hari ini
aku mengingatiMu
walau pagi tadi
aku meninggalkan subuh...

esok
pasti sempurna solatku
sebagaimana selalu

Terima kasih Allah
anugerah
kurniaan Mu...
aku hambaMu yang masih mencari...

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian9
Populariti191
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.