|
Cerita Pelik, Hantu & Misteri
Muka Depan Cerita Pelik, Hantu & Misteri |
Hantar idea kreatif anda ke
Cerita Pelik, Hantu & Misteri
Kisah Rumah Sewa Di Kaki Bukit Al kisah, ini adalah satu kisah benar. Yang dipetik dari sepupu saya.
Pada satu hari 2 org kawan beliau telah mendapat surat untuk menjalani kursus di suatu tempat yang bernama Jerteh, Terengganu.
Mereka perlu berkursus selama 2 bulan, maka mereka perlukan sebuah rumah yang OK-lah untuk mereka berdua. Org bujang maklumlah, tak perlu tinggal di rumah yang elok2 . Sekadar rumah pun dah mencukupi.
Cari punya cari rumah akhirnya mereka sampai pada satu kampung dan dapat menyewa sebuah rumah yang berharga RM30 sebulan. Satu harga yang amat murah di kampung.
Sebelum memasuki rumah mereka telah mengalihkan perangkap harimau yang berada bebtul di depan pintu masuk rumah. Rumah ini di tepi bukit dan sudah pasti di waktu malamnya amatlah sejuk.
Malam Pertama
---------------
Letih berkemas dan kembali dari makan kat kedai mereka pun ingin tidur. Waktu jam adalah sekitar pukul 10 MLM. Di kampung waktu ini adalah amat gelap lelebih lagi dekat dgn bukit.
Baru sahaja nak tidur, terdengar org bercakap kat dapur. Memula seorang lelama ramai lak macam ada kedai kopi. Tergerak dihati, salah seorang dari sahabat nie hendak pergi mengintai apakah benda yang berbunyi. Apabila ditarik pintu, tetiba suara hiruk pekuk pun diam.
"Letih lah gini". Lepas tu bunyi lagi, apabila nak intai kat dapur jadi diam.
Akhirnya mereka terlelap kerana mengatuk yang amat sangat.
Keseokan hari, mereka bangun sembahyang subuh dan menaiki motor ke pejabat untuk kursus. Sebelum pergi singgah di warung makan. makcik kat situ bertanya "Tak ada apa2 ke semalam?", "TAKADALAHHH".
"MMM Berani kau org tinggal situ".
"MMMMMM" sahut mereka.
Malam Kedua
_____________
Setelah letih kat pejabat dan sekembali dari kedai, mata pun dah mengatuk selepas sembahyang Isyak mereka membaca Quran. Tepat pukul 12 malam, di dapur mulalah berbunyi. Org duk bercakap, memula seorang lelama jadi ramai. Siap dgn buat air kopi dan sebagainya lagi.
Mereka berdua nie baca Surah Yassin, dalam keaddan takut dan keletihan. Apabila pergi intai diam pulak! Tetiba kednegarna pula suara harimau meraung-raung. Sambil baca dan takut hanya tahan sahaja, mereka mengatakan badan mereka hilang kerana teralalu takut malah bulu roma macam tercabut dah. Sekilas hariamu kedengaran mengcakar dinding rumah. Akhirnya mereka tertidur kerana letih.
Ke-esokkan harinya, mereka keluar ruamh untuk melihat samada tapak harimau wujud atau tidak. Mereka baut usul periksa -lah. Akhirnya dapat diliihat carakan pada dinding rumah dan tapak harimau sekeliling rumah.
Ok. Mereka gie pejabat semula untuk latihan kursus.
Malam ke- 3
--------------
Sekembali dari kursusu kira2 dalam pukul 10 mlm mereka berdua memboceng motosikal tetiba melihat rumah mereka cerah "macma org pasang lampu". Mereka bertanay sesama2 sendiri.
"Kau pasang lampu ke?"
"tak lah, kau kut"
"Eh, eh aku lak, mana ada"
Setelah hampir ke pagar rumah, mereka dapat lihat dgn mata mereka anak2 kecil duk main melompat2 kat laman rumah, org uk bersemang seperti tengah menyediakan persiapan untuk suatu majlis keramaian.
Semua rumah didalam penuh cerah dgn lampu, mereka tidak pernah melihat cahaya cerah sedemikian manakala org2 yagn berada disitu seolah2 tak hiraukan mereka.
"Apalagi, mereka pun cabut lerrr"
Keseokan hari, makcik kat kedai makan kata, hebat kau org biasanya org tak ahan 1 hari sahaj kau org baut rekod 3 hari.
Gitulah cerita dari Besut, Terengganu.
Statistik Kandungan
|
|